SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by casa minda crew - - 0 Celahan



LIBERALISASI EKONOMI: CABARAN DAN PELUANG

Pengumuman YAB Perdana Menteri untuk meliberalkan ekonomi Malaysia bukan perkara yang baru. Hakikatnya, amalan dan dasar negara kita untuk mengambil pendekatan meliberalkan ekonomi pernah diadakan suatu ketika dahulu. Pada tahun 90-an, Malaysia pernah membuka ruang untuk pelabur luar membeli saham/ ekuiti sehingga 30% dalam badan korporat Malaysia. Tujuan ketika itu ialah menarik perhatian pelabur luar supaya menyimpan dan melabur duit di Malaysia dan mempromosikan Malaysia sebagai salah satu pusat kewangan antarabangsa yang mampan. (Kok Fay Chen dan K. S Jomo).

Dasar YAB Perdana Menteri yang baru ini sebenarnya melakukan pendekatan yang dinamik dalam menguruskan ekonomi negara. Umpama ‘getah’ yang boleh dilenturkan sebesar yang mungkin, dan dibiarkan dalam keadaan sedia ada. Jika dirasakan perlu melenturkannya, boleh dipanjangkan sejauh mungkin. Jika mahu kekal seperti sedia ada, maka kekalkan dalam bentuk sedia ada. Hakikatnya, ‘getah’ tetap ‘getah’ juga, walaupun dilenturkan entitinya.

Meliberalkan ekonomi boleh difahami sebagai satu usaha menggalakkan persaingan secara merit, dalam konteks mengejar dan membangunkan sumber/ lebihan aset negara atau individu. Dalam kerangka falsafah dan wacana liberal ekonomi semasa, apa yang mereka perjuangkan ialah kebebasan mutlak inidvidu atau pasaran yang menentukan perjalanan ekonomi. Bahkan menolak campur tangan negara yang hanya secara minimal sahaja dibenarkan. Dari Adam Smith, David Hume, David Ricardo, sehingga tokoh ekonomi liberal kontemporari seperti Friedrich Hayek dan Milton Friedman, semua mengangkat darjat humanisme sebagai ukuran mutlak kejayaan seseuatu ekonomi. Tidak ada peranan kerajaan, bahkan agama sebagai pemandu dan panduan ekonomi negara. Bagi mereka, manusia perlu diberi kebebasan mutlak mengaut keuntungan, walaupun dengan menggondolkan tanah, menipu, merampas hak orang atau menindas.

Dasar meliberalkan ekonomi negara tidak sama dengan kerangka falsafah pemikiran yang dianjurkan oleh tokoh- tokoh seperti itu. Hakikatnya, Malaysia masih mengambil pendekatan dualistik atau ‘serampang dua mata’, iaitu membuka ruang pesaing luar untuk melabur dan pada masa yang sama kerajaan berperanan teguh dan berdisplin mengawal secara hikmah ekonomi negara.

Jika dilihat dalam konteks falsafah ekonomi negara, dasar ekonomi negara merupakan adunan tiga bentuk pemikiran falsafah ekonomi yang dominan, iaitu sosialisme, kapitalisme (neo- liberal) dan Islam sendiri. Walaupun ada ilmuwan ekonomi Muslim seperti Umar Chapra yang menentang apabila mengatakan orientasi kapitalisme dan sosialisme ada persamaan kefahamannya dengan orientasi Islam. Bagi beliau, kefahaman itu menunjukkan kedangkalan prinsip asas dalam ketiga- tiga dasar pemikiran itu (Umar Chapra).

Namun demikian, hakikatnya ada nilai yang dikongsi bersama dalam ketiga- tiga pemikiran tersebut yang akhirnya boleh ditemui dalam ajaran Islam sendiri.

Tidak keterlaluan mengatakan corak dan gaya mengurus ekonomi Malaysia tidak akan lari daripada tiga komponen falsafah pemikiran ekonomi ini. Tidak boleh mengatakan ekonomi Malaysia kapitalisme per- se, apabila melihatkan penumpuan besar kepada pembangunan projek mega dan pembukaan sektor ekonomi yang menggalakkan keuntungan maksimum. Ini kerana, Malaysia banyak membantu mengangkat martabat ekonomi masyarakat miskin dan kaum yang memerlukan, seperti memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN), Dasar Penswastaan dan banyak lagi.

Hatta kerajaan sentiasa mengumumkan agenda membasmi kemiskinan, yang boleh dilihatkan kejayaannya, apabila mensasarkan tahun 2010 sebagai bebas daripada kemiskinan tegar. “Menurut kajian Jabatan Statistik, bahawa pendapatan isu rumah Malaysia meningkat kepada RM 3,686 sebulan pada 2007, daripada RM 3, 249 pada tahun 2004, peningkatan sebanyak 4.3 peratus, yang disebabkan pertumbuhan ekonmi yang positif, yang menjana peluang pekerjaan serta pendapatan rakyat Malaysia” (Bernama 7 April 2008)

Malah, jika mengatakan menggunakan kerangka ekonomi Islam secara menyeluruh, tidak tepat juga. Walaupun ada menjurus kepada mengangkat keadilan dan mengurus kemiskinan, melalui pembahagian wang zakat dan seumpamanya, hakikatnya masih ada lagi kelompongan yang perlu diperbaiki.

Jika kerangka ekonomi Islam digunakan, seharusnya falsafah ekonomi Islam diajar dan dijadikan silibus utama dalam semua pendidikan ekonomi yang ada di sekolah dan universiti. Tokoh ekonomi Muslim seperti Al- Maqarizi, Ibn Khaldun, Abu Yusuf dan ramai lagi diperkenalkan dan dikembangkan ideanya. Apa yang ada ialah subjek dan buku teks ekonomi yang didominasi oleh kerangka fikir Barat yang sama ada berpaksikan kapitalisme atau sosialisme. Hanya yang ada ialah usaha bersendirian dan sesetengah pihak sahaja yang bersungguh mengangkat wacana ekonomi Islam sebagai teras utama.


Kehadiran perbankan Islam dilihat sebagai ‘menyelamatkan’ sektor ekonomi secara keseluruhan, kerana menggunakan kerangka ‘Shariah’ dalam menguruskan aktiviti perbankan. Walaupun masih muda dan berpotensi jauh, perbankan Islam sebenarnya harus melonjak jauh dengan ‘membersihkan’ diri daripada elemen perbankan konvensional yang masih melekat. Antara isu yang perlu ditangani ialah sistem interest, fiat money dan fractional reserve system. (Kamel Mydin Meera)

Apabila melihat dasar yang dinamik dan unik ini, Malaysia berusaha menguruskan ekonomi negara menggunakan acuan tersendiri. Usaha ini boleh menampakkan kejayaan dalam sejarah mengurus negara, terutamanya pada tahun krisis 1997. Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir mengambil sikap ‘melawan arus’, apabila tidak meminjam daripada IMF untuk menguruskan ekonomi negara, berbanding dengan Korea Selatan, Thailand dan negara lain.

Dalam konteks hari ini, dasar meliberalkan ekonomi negara ada beberapa faktor yang perlu dilihat secara kritis;

1) Apabila kerajaan membuka polisi untuk pelabur luar memiliki saham/
ekuiti dan syarikat insurans adalah usaha yang positif. Tujuannya adalah mempromosi pelabur luar melabur di Malaysia. Apabila sejumlah wang yang besar dilaburkan di Malaysia, ekonomi negara boleh dipacu dengan segera. Putaran ekonomi dan ‘purshasing power’ dari sektor kerajaan sehingga individu dapat dijana. Namun demikian, bagi perbankan Islam, cabaran sangat getir. Ekuiti sebesar 70% yang diperolehi oleh pelabur luar dalam sesebuah perbankan Islam tempatan sebenarnya telah ‘mencabar’ dasar kuota yang sering dipertahankan. Namun dalam konteks ekonomi semasa, dasar ini melawan arus. Sudah tentu bagi orang Melayu, secara diam- diam, polisi terbuka dan merit telah berjalan dan menuntut supaya lebih bersedia dan berdaya saing. Secara objektif, tidak ada penentangan secara kuat dari orang Melayu, memandangkan mungkin subjek ekuiti dalam perbankan Islam masih jauh dan tidak melekat di sanubari mereka. Jika dasar merit dibuka secara total dalam aspek pendidikan seperti kemasukan MRSM atau universiti, barangkali penentangannya akan kuat. Ini kerana isu pendidikan sangat kuat dalam sanubari mereka.

2) Dua lesen perbankan Islam kepada pemain luar negara dengan modal AS$ 1 Billion menuntut perbankan Islam sedia ada bersaing dengan kuat dan dedikasi. Dari segi modal ‘poket’, perbankan Islam dari luar negara, hakikatnya mempunyai lebihan modal yang besar dan banyak, kerana industri minyak yang membantu. Justeru memungkinkan mereka mempunyai pakej produk dan servis, serta fasiliti perbankan yang lebih menarik dan dinamik.

3) Malah, dalam konteks produk perbankan Islam, pemain luar negara mampu menawarkan produk yang kurang kontroversi. Berbanding dengan perbankan Islam tempatan, apabila Hakim Wahab Patail mengisytiharkan produk Bai’ Bithama Ajil tidak patuh Shariah (non- compliant) pada Julai 2008, merupakan satu ‘wake up’ call kepada semua perbankan Islam. Maknanya, akan menjejaskan hampir majoriti portfolio perbankan Islam yang menggunakan BBA akan dikategorikan sebagai tidak patuh Shariah. Walaupun begitu, keputusan itu dikritik kerana tidak menggunakan kaedah yang kemas dalam mengeluarkan penghakiman kerana tidak merujuk kepada pakar Shariah perbankan Islam, bahkan dikatakan telah ‘re- write’ kontrak sedia ada yang telah dipersetujui oleh pelanggan dan bank. Namun, pada Mac 2009 yang lalu, keputusan terbaru mengenai kepatuhan Shariah produk BBA oleh Bank Islam telah diisytiharkan kemenangan moral kembali kepada perbankan Islam.

4) Namun demikian, tidak selamanya perbankan Islam tempatan boleh selesa dengan produk yang sedia ada. Persaingan apabila ‘langit luas terbuka’ menuntut kreativiti yang dinamik dan ketajaman membaca situasi pasaran untuk mempromosikan produk tempatan.

5) Polisi 70 % tidak dibuka kepada perbankan komersial konvensional (Commercial bank), hanya perbankan pelaburan (Investment bank) sahaja. Pelabur luar sebenarnya berminat dengan perbankan komersial konvensional hakikatnya, kerana pakej dan pasaran perniagaan semasa (retail market) lebih menarik dan mudah mengaut untung. Permintaan membeli rumah, kereta, deposit dan sebagainya mempunyai permintaan yang berterusan, dan boleh menjamin pusingan pasaran yang konsisten. Berbanding dengan perbankan pelaburan, yang menumpukan kepada capital market (modal pasaran) seperti sukuk, bond dan real estate yang terlalu terhad.

Justeru, apakah manfaat liberalisasi ekonomi kepada rakyat secara keseluruhan? Mungkin peringkat mikro ekonomi, dasar ini tidak dekat dengan jiwa masyarakat Malaysia, terutama bila mahu dikaitkan dengan penyelesaian masalah ekonomi seharian. Namun, di peringkat makro ekonomi dan jangka masa panjang, liberalisasi ekonomi ada peluang untuk dijayakan, terutamanya menjadikan Malaysia sebagai hub perbankan Islam sedunia. London berjaya dari segi menarik pelabur sebagai hub kewangan konvensional antarabangsa. Malaysia semestinya merancang dan menyusun strategi ke arah itu.


Kesimpulannya, liberalisasi ekonomi ini harus menguntung rakyat Malaysia sendiri. Ini boleh dilakukan dengan melakukan kempen kesedaran menyokong produk dan servis perbankan Islam di kalangan massa, menggalakkan pelaburan yang sah/ patuh Shariah di kalangan massa, menggalakkan pembelian emas dinar sebagai pelaburan masa depan dan mengagih keuntungan pelaburan oleh perbankan atau mana- mana pelaburan kerajaan untuk membangunkan rakyat.
[ Read More ]

Posted by Aheed Razlan - - 0 Celahan

Prolog

WALAUPUN peringkat awalnya saya menolak untuk menjadi moderator suatu forum ekonomi  sempena perayaan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM), setelah saya diberitahu bahawa forum tersebut akan 5 Tahun Selepas Liberalisasi Ekonomi Malaysia, saya mula berfikir dua kali untuk menolak jemputan itu.
Apabila saya diberitahu bahawa forum itu akan diraikan juga oleh panelis Datuk Paduka Hj. Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan) serta 2 Co-Moderator lain iaitu Sdr. Mohd Hilmi Ramli (Presiden PKPiM) dan Wan Fadzrul Wan Bahrum (Intern MTT); menjadikan saya tidak ada alasan lagi untuk tidak berpartisipasi dengan forum unik itu.
Jujur saya katakan,  saya sendiri tidak dapat membayangkan apa akan berlaku di Malaysia 5 tahun akan datang selepas Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan dasar liberalisasi ekonomi.
Untuk pergi ke dunia futuristik itu, maka saya tidak boleh terlalu banyak bergantung pada soal falsafah serta inti liberalisasi ekonomi itu sendiri. Sebaliknya, saya harus berfikir untung dan rugi dasar itu pada rakyat dan negara secara realistik micro-macro.
Pro-Konsumer vs Pro-Pemodal
Pro liberalisasi ekonomi percaya bahawa dasar itu lebih menguntungkan rakyat berbanding protektisme yang jelas menguntungkan kerajaan atau kaum pemodal semata-mata.
Contoh lazim adalah Toyota Cambry yang sepatutnya bernilai RM90K dalam pasaran global, apabila dibeli rakyat di Malaysia nilainya melonjak naik RM180K. Begitu juga dengan kereta keluaran domestik, lebih mahal harganya berbanding harga komersial dalam pasaran global.
Semua ini berlaku ekoran kenaikan duti import, cukai tarif yang menguntungkan kerajaan serta kaum pemodal.
Semua ini terpaksa dilakukan demi memelihara serta memulihara servival produktiviti Proton dalam pasaran domestik dan global.
Bagaimana pun jika dilihat secara objektif; contoh ini tidak tepat untuk menjelaskan apa akan berlaku 5 tahun lagi kepada konsumer (rakyat), negara (kerajaan) dan penggiat ekonomi (pemodal domestik-global).
Liberalisasi yang hendak dibuat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya melibatkan 27 sub-sektor perkhidmatan serta perbankan Islam-perlaburan; tidak termasuk sektor automotif.
Contoh yang lebih hakiki  adalah liberalisasi ekuiti sebanyak 70% dalam perbankan perlaburan (investment bank) hanya akan menguntungkan kaum pemodal-kerajaan; walhal keperluan konsumer seperti sewa beli kereta, rumah, komputer riba, iKS dll semuanya sama-sama menumpu pada perbankan konvensional (commercial bank).
Pokoknya, rakyat tidak mendapat untung pada liberalisasi ini.
Biarpun akan wujud kerancakan dalam putaran ekonomi domestik, tetapi tidak ada jaminan bahawa semua itu menjunjung kepentingan rakyat dan kerajaan sendiri.
Krisis ekonomi global yang melanda Amerika serta dunia tahun lalu hatta menyaksikan beberapa gergasi perbankan pelaburan seperti Bank of America,  Merril Lynch, American International Group (AiG) dan Lehman Group yang goyah; seharusnya menjadi pedoman bagi kita yang mahu wajah pelaburan perbankan kita juga menuju pada polisi-polisi yang lebih liberal.
Ini kerana bank-bank pelaburan tersebut tidak mahu menjunjung kepentingan negara dan rakyat terutamanya ketika ekonomi global diramalkan menguncup; kerana para pelaburnya tidak mahu diikat dengan suatu polisi ke arah itu.
Akhirnya, 5 tahun lagi Malaysia akan menyaksikan rugi rakyat (konsumer) dan rugi juga kerajaan.
Yang sah untung adalah kaum pemodal (kapitalis) jika liberalisasi ekonomi ini dilaksanakan esok!
Untung Melayu vs Rugi Rakyat
Dengan liberalisasi ekonomi, bermakna mobilisasi perdagangan tidak lagi tergantung pada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar Bumiputranisme 30%. Semuanya berpijak atas sistem meritokrasi kerana inti liebralisasi ekonomi adalah kebebasan perdagangan secara mutlak.
Dikatakan etnik Melayu paling bimbang tentang kedudukan kedudukan ecopolcial (ekonomi-politik-sosial).
Semuanya selepas Kementerian Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan ekoran mahu melaksanakan dasar liberalisasi ini.
Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa MECD ini tidak juga menguntungkan etnik Melayu mahupun rakyat dari bangsa-bangsa lain.
Yang untung adalah ahli-ahli Umno sendiri yang sudah terlazim dengan budaya kronisme dan rasuah.
Di mana untung Melayu? Di Mana untung rakyat? Dan di mana untung kroni-kroni Umno?
Jenama Baru vs Dasar Lama
Dari sisi pandang yang lain, dikatakan liberalisasi ekonomi ini tidak juga mutlak, tetapi bersifat selektif.
Jika begitu, bermakna dasar ini tidaklah baru. Sama seperti beberapa dasar ekonomi yang pernah dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dulu.
Tun ada memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. Tun selalu melaung-laungkan dogma Buy British Last.
Dasar itu juga dipercayai sebagai Serampang Dua Mata – (1)menggalakkan perkembangan  industri inovatif domestik; dan (2)mengimport teknologi dari negara-negara terbabit.
Tun pernah menjalinkan hubungan dengan Mitshubishi Corp. (Jepun) sehingga lahirnya industri outomotif Proton pada tahun 1993.
Hasilnya, produktiviti proton berlaku dalam dalam skala yang kecil disebabkan faktor; namun sehingga kini teknologi Jepun khususnya dalam hal enjin dan transmisi masih gagal dipindahan ke Malaysia.
Akhirnya, Tun beralih pandang ke Eropah jua dengan membneli teknologi automotif Lotus.
Begitu juga dalam urusan pemindahakan teknologi kejuruteraan binaan. Tun telah berunding dengan Syarikat Takenaka Kumagai (Jepun) untuk membina bangunan Dayabumi.
Tun sanggup menghabiskan RM313 juta atau lebih RM71 juta dari sebut harga yang ditawarkan oleh sebuah syarikat anak tempatan pada waktu itu, pada hal hanya 20 hingga 40 buruh tempatan terlibat dalam kerja-kerja teknikal waktu pembinaan itu berlangsung.
Untuk lari dari kapitalis Eropah, Tun berpaling kepada Jepun.
Walhal, tidak banyak teknologi Jepun diwariskan kepada Malaysia kerana Jepun juga akrab dengan nilai kapitalisme. Kaum kapitalis selalunya tidak liberal dalam soal keuntungan serta servival perdagangan.
5 tahun lagi, adakah produktiviti tempatan yang agak berjaya merampas pasaran konsumerisme global; atau negara kita sebenarnya menjadi lubuk pasaran produktiviti negara-negara maju yang jelasnya tinggi mutu pembuatannya berbanding produk domestik.
Jenama baru atau lama; dasar lama atau baru tidak penting. Yang penting, mampukah liberalisasi ekonomi itu tidak mengulangi kegagalan yang lalu?
Buruh vs Majikan
Pro liberalisasi ekonomi juga percaya dengan penggalakkan pelaburan asing dalam negara, bermakna akan tumbuhlah kilang-kilang, firma-firma, bank-bank dan industri perkhidmatan.
Maka, ruang pekerjaan juga akan melebar.
Namun, perlu diingatkan bahawa liberalisasi ini juga majikan bebas menguruskan guna tenaga buruh secara fleksibal.
Sekarang, buruh datangan Indonesia, Vietnam, Filipina, Bangladesh serta beberapa negara lain bukan sahaj menumpu dalam profesyen ‘kasar’.
Kaum profesional dari sana juga sudah banyak diimport ke dalam negara sejak dasar buruh luar diperkenalkan di Malaysia.
Lebih baik menggajikan seorang akauntan atau jurutera komputer datangan Indonesia dengan RM1200 per bulan, berbanding anak tempat yang mahu gaji manimum RM1800 per bulan.
Itu tidak dikira lagi moral majikan yang sesuaka hati mengetepikan kaum buruh tanpa apa-apa jaminan hayat, apabila syarikatnya diramalkan atau dirundung kerugian.
5 tahun lagi, Malaysia akan menyaksikan skala perindustrian mungkin akan mengembang dari apa yang ada, tetapi manfaatnya untuk rakyat mungkin kian menguncup kerana soal keuntungan majikan adalah segala-galanya dalam kamus liberalisasi ekonomi.
Beli Barang Malaysia vs Beli Barang Murah
Bukan Malaysia sahaja mengamalkan dasar ‘Beli Barang Buatan Malaysia’; Amaerika Syarikat yang diwar-warkan mengamalkan ekonomi yang liberal juga mengembangkan kempen yang tidak jauh berbeza.
Dalam kepercayaan masing-masing, dengan berbuat demikian mungkin mendorong rakyat tanah air membeli barang-barang keluaran tempatan.
Sesetengah ekonomis berpendapat kempen itu bukanlah manifestasi pada proteksionisme perdagangan terancang peringkat negara, tetapi suatu strategi kempen perdagangan semata-mata.
Rakyat berkemampuan sudah tentu memilih barang yang berjenama. Kalau boleh, barang itu bukan buatan tempat kerana ia akan melambangkan status sosial Si Konsumer tersebut.
Rakyat marhaen akan membeli barang yang lebih murah, tanpa perlu melihat pada buatan Malaysia atau tidak.
Jika liberalisasi ekonomi dilaksanakan, cabaran paling getir 5 tahun lagi adalah industri kecil dan sederhana (iKS) khususnya yang berorientasikan teknologi dan perkhidmatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri terpaksa berputeh mata melihat peluang dan ruang perdagangan direbut-rebut oleh kaum pemodal yang lebih kompetatif dan progresif.
Mereka ini kalah bukan kerana tidak progresif dan kompetatif, tetapi lawan mereka adalah gergasi-gergasi ekonomi sedunia.
Mungkin kerana itulah Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditentang habis-habisan oleh banyak pihak.
Kaum ekonomis negara melihat penggiat ekonomi domesti masih belum bersedia berdepan cabaran serba getir di pentas global; walaupun AFTA hanya melibatkan 20% hingga 30% sektor perdagangan domestik.
Aras tanda perdagangan kita masih melihat dari jendela Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan iKS sendir, walhak ekonomi global sudah melihat kepentingan lain yang jauh lebih praktikal dan kompetatif – seperti isu kenaikan suhu global, sumber lestari, bahan berbahaya, kebersihat, gaji yang adil (setimpal) dan hak asasi manusia (konsumerisme).
Perlaksanaan liberalisasi ekonomi sekarang sebenarnya adalah proses ‘kebenaran tidak langsung’ AFTA walaupun ia terus dikritik sehingga sekarang.
Maka, kita tidak punya banyak pilihan. 5 tahun akan datang perlu ditempuh secara mandatori walaupun ada dalam kalangan kita masih dibelit perumpamaan kalau kail panjang, sejengkal jangan laut hendak diduga.
Liberalisasi Islam vs Liberalisasi Ekonomi
Pro Liberalisasi Ekonomi turut percaya bahawa perdagangan bebas secara mutlak menepati nilai serta tatacara Islam.
Kata mereka, cendekiawan Islam sejak dari awal lagi menolak sistem ekonomi terancang.
Malah, Islam menggalakkan kekuasaan politik atau pemerintah tidak campurtangan dalam sistem psaran itu.
Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri acapkali mahu komoditi ditentukan oleh pasaran.
Sejauh mana kebenaran dogma itu sejajar dengan Islam, mungkin perlu pada penjelasan Sarjana Ekonomi Islam.
Semalaman yang ada, tidak cukup untuk saya menekuni beberapa disiplin ilmu tersebut.
Bagaimanapun, di dalam al-Quran ada sepotang ayat al-Quran yang mungkin boleh menyuluh pemikiran kita.
Memang ada kebenarannya liberalisasi akan menghakis kuasa kapitalisme domestik yang sedia ada. Raja Gula Robert Keok tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengawal harga komoditi asasi itu lagi.
Namun, kebebasan ekonomi itu akan melahirkan ‘Raja Gula Baru’ yang mungkin kaum pemodal dari Amerika Syarikat, Australia atau beberapa negara pengeluar gula dunia.
Kita tidak perlu menbanding-bandingkan manfaat pada era ‘Raja Gula Lama’ dan ‘Raja Gula Baru’ lima tahun lagi, kerana manfaatnya tidak terus pergi kepada rakyat/konsumer dengan lebih adil.
Ini kerana dalam kamus liberalisasi ekonomi tidak ada konsep ‘komoditi keperluan’ dan ‘komoditi komersial’. Komoditi yang direbut-rebut dalam pasaran global sudah tentu dibelit oleh amalan monopoli yang lebih terancang dan senyap.
Berbeza dengan Islam. ‘Komoditi Keperluan’ tidak boleh diperdagang secara komersial, namun tidak boleh juga merugikan kaum pedagang yang mengusahakan perusahaan itu.
Zaman Nabi Muhammad s.a.w, beberapa ‘komoditi keperluan’ tidak boleh diperdagang secara komersial.
Antara hikmah prinsip ‘komoditi keperluan’ dan ‘komoditi komersial’ adalah:-
  1. Agar kekayaan duniawi kurniaan Allah s.a.w boleh dimanfaatkan secara adil oleh semua; bukan oleh kelompok-kelompok tertentu sahaja (kaum kapitalisme).
  2. Supaya golongan berwajib seperti kerajaan/pemerintah dan kelompok profesional (seperti PETRONAS) yang membangunkan potensi nikmat Allah ini benar-benar untuk tujuan kebajikan dan keperluan; bukan berorientasikan keuntungan dan capitalisme.
  3. Supaya golongan marhaen yang miskin dan daif boleh terus berteduh dalam negara yang maju kerana harga barang asasi dan keperluan (seperti: petrol-diesel, makanan asasi) boleh didapati dengan harga yang paling minima/murah.
Ini keindahan ajaran dan amalan hidup Islam – menegakkan keadilan hak pada semua pihak yang tinggal dan hidup dalam sistem ekonomi Islam.
Konsumer tidak boleh dibebankan dengan pasaran harga yang tidak adil; manakala pemodal dan pemerintah tidak boleh juga menanggung kerugian demi menunaikan hak konsumer amnya.
Dengan liberalisasi ekonomi, bolehkah kesejahteraan seperti ini dinikmati 5 tahun mendatang?
[ Read More ]

Posted by Aheed Razlan - - 0 Celahan

 

Sistem Pilihanraya Ketua Murid Di Sekolah-Sekolah Dihentikan Bertentangan Dengan Prinsip Demokrasi

Saya ingin mengambil perhatian media dan orang ramai terhadap satu Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran bertarikh 12 Februari 2010 yang mengarahkan semua Pengetua dan Guru Besar sekolah menghentikan pelaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih Ketua Murid di sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas ini boleh dimuat-turun melalui lama web Kementerian Pelajaran melalui sini. Isu ini juga telah dilaporkan oleh rakan seperjuangan saya, YB Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya dalam blog beliau.
Ini merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi. Negara Malaysia bukan negara Komunis dan diktator. Malaysia ialah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan pelajar-pelajar kita perlu diterap dan dididik dengan nilai dan semangat demokrasi.
Proses pemilihan ini boleh dijalankan satu cara untuk melatih pelajar-pelajar untuk hidup berdikari supaya mereka dapat berfikir dengan matang dan menentukan pilihan mereka sendiri.
Saya bimbang dengan pelaksanaan perintah ini, maka sistem pendidikan kita yang lesu kerana berorientasikan peperiksaan akan menjadi tenat di mana kita gagal melahirkan modal insan yang dapat berfikir.
Pelajar-pelajar sekolah menengah harus diberi peluang untuk memilih ketua murid mereka, sebagaimana yang dijalankan sebelum ini dan ianya tidak membangkitkan masalah yang besar kepada sekolah dan pelajar-pelajar sendiri.
Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini turut memperlihatkan kelemahan-kelemahan seperti berikut:
(1) Tidak membezakan antara sekolah menengah dan sekolah rendah walaupun saya mengakui bahawa ketua murid wajar dilantik di peringkat sekolah rendah.
(2) Ketua murid boleh bermaksud ketua kelas dan Ketua Pengawas. Amat tidak masuk akal jikalau ketua kelas juga dipilih oleh guru dan pentadbiran sekolah dan bukan dipilih oleh pelajar-pelajar sekalian. Pemilihan ketua murid dan ketua kelas sudah dijalankan selama ini dan sudah menjadi satu norma dalam sistem pendidikan kita.
(3) Apakah rasionalnya kita memberhentikan peluang kepada pelajar-pelajar kita untuk memilih ketua mereka sedangkan kerajaan persekutuan pula melonggarkan syarat-syarat unutk membenarkan guru aktif dalam politik?
Oleh itu, saya meminta Kementerian Pelajaran menarik balik Surat Pekeliling Ikhtisas ini.
 ____________________________________________________________
KUALA LUMPUR: Pengetua dan Guru Besar sekolah di seluruh negara dilarang mengadakan pilihan raya murid memilih wakil pelajar kerana pendekatan baru yang dipraktikkan beberapa sekolah itu tidak memadai berikutan faktor usia mereka yang terlalu mentah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata arahan itu dikeluarkan Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu melalui surat pekeliling yang sudah diedarkan ke semua sekolah.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana kementerian mendapati usia murid terutama di sekolah rendah masih terlalu muda untuk berdepan sistem pilihan raya pemilihan wakil pelajar yang tidak begitu sesuai dilaksanakan.

"Tak payahlah, kalau pada peringkat IPT (Institut Pengajian Tinggi) bolehlah, mereka sudah matang. Di sekolah, sebaliknya keadaan masih terlalu awal.

"Timbalan Perdana Menteri sudah bagi arahan supaya jangan terbawa-bawa budaya pemilihan di dalam sekolah. Tak perlu bagi mereka pilih ketua murid, biarlah sekolah dan pengetua tentukan siapa yang layak," katanya kepada media sema-lam.

Sebelum itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda MCA merasmikan Program Jom Jelajah Dunia di World Expo 2010, Shanghai, China anjuran Pergerakan Pemuda MCA di KL Sentral.

Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan beberapa sekolah menjadikan pemilihan wakil sekolah diadakan secara pengundian sama seperti pilihan raya dan menjadikannya sebagai amalan baru dalam sistem persekolahan.

Antara sekolah yang sudah melaksanakan pilihan raya murid ialah Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) pada 11 Januari lalu apabila pemilihan ketua muridnya dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.

Pemilihan itu menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

Khairul Azli Khairul Razi diumumkan pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.

Mengulas lanjut, Dr Wee sendiri baru saja menerima pekeliling baru itu beberapa hari lalu dan cukup yakin semua pengetua dan guru besar akan mematuhi arahan kementerian demi masa depan murid.

Mengenai program Jom Jelajah Dunia, beliau berkata penganjur akan memilih 2,000 belia di seluruh negara melalui konsep 'siapa cepat dia dapat' bagi memberi peluang kepada belia negara menyertai ekspo disertai belia seluruh dunia.

"Ini terbuka kepada semua kaum, bukan untuk belia MCA saja, daftar segera mulai hari ini (semalam) dengan mematuhi syarat ditetapkan. Tak ada ada masalah jika belia Islam turut serta kerana sudah dapatkan kerjasama kementerian pelancongan untuk atasi masalah makanan halal," katanya.
[ Read More ]

Posted by Aheed Razlan - - 4 Celahan



Bismillahirrahmanirrahim ~

Segala puji buat satu-satunya tuhan yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang,Allahurabbuna kerana memberikan kesempatan untuk kami menghirup nikmat oksigen di bumimu ini.. Ucaplah, Alhamdulillah...

Untuk kali ini, selaku pengerusi kelab.. ana telah diberikan sebuah memo daripada Muallimah Norihan bertarikh 12 Ogos 2010.
Dalam Memo tersebut, telah digariskan beberapa perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh AJK-AJK. Sebenarnya, keputusannya telah pun dipersetujui ramai tetapi masih dalam keadaan yang tidak tetap. Berikut merupakan isi memorandum yang telah diserahkan.
Kepada : Casa Minda Crew

Mujahid - Sediakan Takwim Kelab Debat tahunan 2011.
(Deadline: 23/9/2010)

Marsha - Pastikan segala keputusan perbincangan baru-baru ini sampai kepada semua ahli.(Deadline: 19/8/2010)

Izzat - Survey harga vest untuk semua Casa Minda Crew.(Deadline: 31/8/2010)
- Design vest. (Deadline: 30/9/2010)

Auni - Siapkan surat sumbangan/ Pemberitahuan ibu-bapa. (Deadline: 01/9/2010)
- Minit Mesyuarat. (Deadline: 19/8/2010)
- Senarai ahli-ahli casa minda . (Deadline: 15/8/2010)

 Syahiran, Khadijah - Tolong adakan bengkel debat, cari 'judge' yang mahir.
(Deadline: 20/9/2010)

Syafiq, Wafa' - Dapatkan design vest [ terbuka kepada ahli-ahli].
(Deadline: 20/9/2010)

Anwar, Nu'aiman, Syifa', Safura - Settlekan bank maklumat di perpustakaan.
(Deadline: 30/9/2010)

Iqbal, Mutmainnah - Pembahagian kumpulan pencari maklumat ketika 
cuti panjang nanti mengikut kategori-kategori tertentu. 
(Deadline: 31/10/2010)

 Tindakan hendaklah dibuat sebelum 'deadline'. Harap dapat memberikan kerjasama dengan sebaiknya. Sebarang keraguan dan kemusykilan boleh komen di blog ini ataupun hubungi terus Cik Norihan. 

Mohon Usul Diterima.
[ Read More ]

Posted by casa minda crew - - 7 Celahan




Bismillah ~
Terima tuan yang dipertua,



atauBerikut merupakan cadangan logo casa minda crew yang akan bergiat. Sila tandakan sama ada setuju atau tidak setuju dengan logo tersebut. Dan Sila komen logo ini di bawah.

Mohon usul diterima.

[ Read More ]

Posted by Aheed Razlan - - 5 Celahan





Bismillah ~ 
terima kasih warga dewan yang bersidang...

     Pada 11 Ogos 2010, semua ahli dan AJK telah berkumpul bagi perjumpaan pertama... 
Oleh itu, sebuah nama baru bagi kelab debat smiaak telah diputuskan iaitu Casa Minda Team. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan frasa 'team' kerana kurang secocok dengan perkataan-perkataan yang sebelumnya. Oleh itu, dewan telah memutuskan agar frasa 'team' ditukarkan kepada 'Crew' yang juga membawa maksud yang sama iaitu pasukan/ krew. Dengan itu, diharapkan agar Kelab ini dapat bergerak secara total dan mampan.

Pesanan untuk ahli kelab : Bagi membiayai aktiviti dan proses-proses yang akan dibuat tahun ini, ahli hendaklah membayar sebanyak RM 5 seorang kepada Izzat Anuar secepat mungkin. Tambahan lagi, Bank maklumat yang dirancang akan dilaksanakan di perpustakaan Sekolah. Harap semua beri kerjasama.

Mohon usul diterima.
[ Read More ]

Posted by Aheed Razlan - - 2 Celahan



     Isnin,20 Julai 2010, telah tertubuhnya sebuah pertubuhan Kelab Debat Smiaak. Kelab ini asalnya terdiri daripada 12 orang sahaja iaitu mereka yang terlibat dalam organisasi kelab debat itu sendiri. Berikut merupakan organisasi awal KELAB DEBAT SMIAAK:

Penaung
Pn. hajah Ainon Ismail

Penasihat
Cik Norihan Md Syariff
Rosmawati Abdul Razak

Pengerusi
Ahmad Mujahid Mazlan

Timbalan Pengerusi
Marsha Abdul Malik

Setiausaha
Nur Auni Abdul Wahab

Bendahari
Izzat Anuar

AJK Publisiti
Syafiq Akram Mohd Arman
Wafaa' Mazlan

AJK Aktiviti
Muhammad Syahiran
Khadijah Idris

AJK Pembukuan
Anwar Aiman Abdul Kahar
Muhammad Nu'aiman Afanddi
Nurul Syifa' Zameram
Safura Hashim

AJK Tugas-tugas Khas
Muhammad Iqbal Fazli Hazami
Mutmainnah Mazlan
[ Read More ]

Isu Terkini