SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by Mujahid Mazlan - - 5 Celahan





Bismillah ~ 
terima kasih warga dewan yang bersidang...

     Pada 11 Ogos 2010, semua ahli dan AJK telah berkumpul bagi perjumpaan pertama... 
Oleh itu, sebuah nama baru bagi kelab debat smiaak telah diputuskan iaitu Casa Minda Team. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan frasa 'team' kerana kurang secocok dengan perkataan-perkataan yang sebelumnya. Oleh itu, dewan telah memutuskan agar frasa 'team' ditukarkan kepada 'Crew' yang juga membawa maksud yang sama iaitu pasukan/ krew. Dengan itu, diharapkan agar Kelab ini dapat bergerak secara total dan mampan.

Pesanan untuk ahli kelab : Bagi membiayai aktiviti dan proses-proses yang akan dibuat tahun ini, ahli hendaklah membayar sebanyak RM 5 seorang kepada Izzat Anuar secepat mungkin. Tambahan lagi, Bank maklumat yang dirancang akan dilaksanakan di perpustakaan Sekolah. Harap semua beri kerjasama.

Mohon usul diterima.

5 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    Agree 100%

  2. Tanpa Nama says:

    dengar2 Umar pun ahli casa minda, betul ke?

  3. iman multimedia says:

    usul diterima

  4. Tanpa Nama says:

    mohon mencelah...saya risau dan bimbang sekiranya wujud 'ahli tidur' dalam pasukan kita maka saya mencadangkan barisan ajk mengejutkan mereka yang mula ingin membuai mimpi...malu kiranya hanya gah pada nama tapi tiada apa-apa yang istimewa...harap usul diterima

Leave a Reply

Isu Terkini