SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by Syifa' - - 0 Celahan


Marine Stewardship Council atau lebih dikenali sebagai MSC merupakan badan berorganisasi yang diiktiraf dunia di bawah persatuan World Wild Life Fund atau WWF. Secara konsepnya, mampu ditakrifkan sebagai boleh menjamin dalam jangka masa yang pendek maupun panjang. Sumber makanan laut saya konsepkan sebagai makanan yang berasakan laut seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya, manakala berterusan pula dikonsepkan sebagai jangka masa yang panjang, melihat kepada rasional MSC melibatkan 74 negara di seluruh dunia antaranya Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat. Pada kali ini, saya menyokong usul yang berbunyi Pensijilan MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan atas 3 rasional utama. Pertama mesra alam, kedua  campur tangan pelbagai pihak, dan ketiga diselia dan dikaji secara berterusan.


Kita mulakan dengan rasional utama, mengapa saya katakan pensijilan MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan atas dasar mesra alam adalah kerana dunia kini berhadapan dengan krisis kemusnahan batu karang disebabkan penggunaan pukat tunda. Dengan adanya pensijilan MSC, 1300 syarikat yang berdaftar dengan MSC dijamin mesra alam kerana menggunakan alat yang sepatutnya berdasarkan jenis tangkapan. Jadi, masalah pukat tunda akan selesai, sekiranya seluruh syarikat perikanan di dunia bekerjasama dengan MSC. Apabila tiada lagi masalah pukat tunda, ekosistem di dalam laut tidak akan terganggu dan melalui proses semulajadi tanpa halangan yang besar.Ini terbukti, Pensijilan MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan apabila kitaran ekosistem menjadi normal.



Kita beralih kepada rasional yang kedua, di mana saya mengatakan Pensijilan MSC mampu memastikan sumber laut berterusan atas dasar  campur tangan pelbagai pihak. Analoginya seperti di dalam sebuah persatuan, casa Minda Crew misalnya, semua AJK melakukan tugas masing-masing, dan ahli-ahli dengan sepenuhnya mengikut segala program yang ditetapkan secara aktif dan berterusan. Pasti CMC akan bergerak dengan mantap dan berterusan. Tetapi, pihak guru turut membantu untuk menyumbangkan idea serta membantu pelajar untuk menambah keyakinan diri. Ditambah lagi, pihak sekolah turut member dokongan dengan menganjurkan pertandingan debat yang melibatkan sekolah-sekolah, daerah, negeri seterusnya negara. Dengan itu, Gerakan CMC akan lebih mantap dan cemerlang dari masa ke masa. Begitu juga dengan MSC, apabila Marine Wild Capture Fisheries campur tangan untuk member guideline kepada MSC mengenai cara penangkapan sumber makanan laut.Bukan itu sahaja, FAO juga bekerjasama dengan MSC bagi memastikan kualiti hasil tangkapan. Selain itu, UM Food juga mengambil bahagian dalam membantu MSC untuk mengkelaskan hasil tangkapan sesuai dengan permintaan restoran-restoran dunia bertaraf antarabangsa. Dengan itu, kita dapat lihat MSC dibantu oleh pelbagai pihak dimana mereka mengukuhkan MSC bagi menjamin MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan.


Selain itu, MSC saya katakan dengan yakin 100 peratus mampu memastikan sumber makanan laut berterusan dengan kata kunci terakhir, iaitu MSC menjalankan pemantauan dan kajian secara menyeluruh dan berterusan. Dengan itu, MSC dapat meningkatkan kualiti tangkapan. Ini terbukti apabila pada tahun 2010, jumlah syarikat yang bekerjasama dengan MSC bertambah dengan mendadak mencapai angka 7220. Ini bermakna, masyarakat dunia mempercayai MSC mampu meningkatkan kualiti hasil tangkapan mereka. Bukan itu sahaja, malah hasil tangkapan yang diselia oleh MSC akan dilabelkan dengan warna biru, menunjukkan kepada dunia bahawa hasil tangkapan di bawah seliaan MSC berkualiti dan permintaan yang tinggi oleh pengguna dunia. MSC disertai oleh kumpulan-kumpulan nelayan di serata dunia, syarikat-syarikat makanan laut, ahli sains, kumpulan konservatif dan juga masyarakat umum. Ini bermakna, MSC mendapat sokongan daripada pelbagai peringkat masyarakat. Selain itu, MSC sendiri telah menyediakan plan strategic yang dilihat secara teliti dan menyeluruh bagi jangka masa 2006 hingga 2011 bagi menjamin gerak kerja mereka.


Berbekalkan visi MSC untuk membekalkan makanan sumber laut untuk generasi masa hadapan, serta misi untuk menjamin kestabilan ekosistem di perairan dunia, saya kira kita semua mampu melihat pensijilan MSC itu sendiri mampu memastikan sumber makanan laut berterusan. Dengan usul Pensijilan MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan, saya mohon usul diterima seluruh dewan tanpa kompromi.

[ Read More ]

Isu Terkini