Prolog
WALAUPUN peringkat awalnya saya menolak untuk menjadi moderator suatu forum ekonomi sempena perayaan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM), setelah saya diberitahu bahawa forum tersebut akan 5 Tahun Selepas Liberalisasi Ekonomi Malaysia, saya mula berfikir dua kali untuk menolak jemputan itu.
Apabila saya diberitahu bahawa forum itu akan diraikan juga oleh panelis Datuk Paduka Hj. Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan) serta 2 Co-Moderator lain iaitu Sdr. Mohd Hilmi Ramli (Presiden PKPiM) dan Wan Fadzrul Wan Bahrum (Intern MTT); menjadikan saya tidak ada alasan lagi untuk tidak berpartisipasi dengan forum unik itu.
Jujur saya katakan, saya sendiri tidak dapat membayangkan apa akan berlaku di Malaysia 5 tahun akan datang selepas Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan dasar liberalisasi ekonomi.
Untuk pergi ke dunia futuristik itu, maka saya tidak boleh terlalu banyak bergantung pada soal falsafah serta inti liberalisasi ekonomi itu sendiri. Sebaliknya, saya harus berfikir untung dan rugi dasar itu pada rakyat dan negara secara realistik micro-macro.
Pro-Konsumer vs Pro-Pemodal
Pro liberalisasi ekonomi percaya bahawa dasar itu lebih menguntungkan rakyat berbanding protektisme yang jelas menguntungkan kerajaan atau kaum pemodal semata-mata.
Contoh lazim adalah Toyota Cambry yang sepatutnya bernilai RM90K dalam pasaran global, apabila dibeli rakyat di Malaysia nilainya melonjak naik RM180K. Begitu juga dengan kereta keluaran domestik, lebih mahal harganya berbanding harga komersial dalam pasaran global.
Semua ini berlaku ekoran kenaikan duti import, cukai tarif yang menguntungkan kerajaan serta kaum pemodal.
Semua ini terpaksa dilakukan demi memelihara serta memulihara servival produktiviti Proton dalam pasaran domestik dan global.
Bagaimana pun jika dilihat secara objektif; contoh ini tidak tepat untuk menjelaskan apa akan berlaku 5 tahun lagi kepada konsumer (rakyat), negara (kerajaan) dan penggiat ekonomi (pemodal domestik-global).
Liberalisasi yang hendak dibuat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya melibatkan 27 sub-sektor perkhidmatan serta perbankan Islam-perlaburan; tidak termasuk sektor automotif.
Contoh yang lebih hakiki adalah liberalisasi ekuiti sebanyak 70% dalam perbankan perlaburan (investment bank) hanya akan menguntungkan kaum pemodal-kerajaan; walhal keperluan konsumer seperti sewa beli kereta, rumah, komputer riba, iKS dll semuanya sama-sama menumpu pada perbankan konvensional (commercial bank).
Pokoknya, rakyat tidak mendapat untung pada liberalisasi ini.
Biarpun akan wujud kerancakan dalam putaran ekonomi domestik, tetapi tidak ada jaminan bahawa semua itu menjunjung kepentingan rakyat dan kerajaan sendiri.
Krisis ekonomi global yang melanda Amerika serta dunia tahun lalu hatta menyaksikan beberapa gergasi perbankan pelaburan seperti Bank of America, Merril Lynch, American International Group (AiG) dan Lehman Group yang goyah; seharusnya menjadi pedoman bagi kita yang mahu wajah pelaburan perbankan kita juga menuju pada polisi-polisi yang lebih liberal.
Ini kerana bank-bank pelaburan tersebut tidak mahu menjunjung kepentingan negara dan rakyat terutamanya ketika ekonomi global diramalkan menguncup; kerana para pelaburnya tidak mahu diikat dengan suatu polisi ke arah itu.
Akhirnya, 5 tahun lagi Malaysia akan menyaksikan rugi rakyat (konsumer) dan rugi juga kerajaan.
Yang sah untung adalah kaum pemodal (kapitalis) jika liberalisasi ekonomi ini dilaksanakan esok!
Untung Melayu vs Rugi Rakyat
Dengan liberalisasi ekonomi, bermakna mobilisasi perdagangan tidak lagi tergantung pada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar Bumiputranisme 30%. Semuanya berpijak atas sistem meritokrasi kerana inti liebralisasi ekonomi adalah kebebasan perdagangan secara mutlak.
Dikatakan etnik Melayu paling bimbang tentang kedudukan kedudukan ecopolcial (ekonomi-politik-sosial).
Semuanya selepas Kementerian Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan ekoran mahu melaksanakan dasar liberalisasi ini.
Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa MECD ini tidak juga menguntungkan etnik Melayu mahupun rakyat dari bangsa-bangsa lain.
Yang untung adalah ahli-ahli Umno sendiri yang sudah terlazim dengan budaya kronisme dan rasuah.
Di mana untung Melayu? Di Mana untung rakyat? Dan di mana untung kroni-kroni Umno?
Jenama Baru vs Dasar Lama
Dari sisi pandang yang lain, dikatakan liberalisasi ekonomi ini tidak juga mutlak, tetapi bersifat selektif.
Jika begitu, bermakna dasar ini tidaklah baru. Sama seperti beberapa dasar ekonomi yang pernah dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dulu.
Tun ada memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. Tun selalu melaung-laungkan dogma Buy British Last.
Dasar itu juga dipercayai sebagai Serampang Dua Mata – (1)menggalakkan perkembangan industri inovatif domestik; dan (2)mengimport teknologi dari negara-negara terbabit.
Tun pernah menjalinkan hubungan dengan Mitshubishi Corp. (Jepun) sehingga lahirnya industri outomotif Proton pada tahun 1993.
Hasilnya, produktiviti proton berlaku dalam dalam skala yang kecil disebabkan faktor; namun sehingga kini teknologi Jepun khususnya dalam hal enjin dan transmisi masih gagal dipindahan ke Malaysia.
Akhirnya, Tun beralih pandang ke Eropah jua dengan membneli teknologi automotif Lotus.
Begitu juga dalam urusan pemindahakan teknologi kejuruteraan binaan. Tun telah berunding dengan Syarikat Takenaka Kumagai (Jepun) untuk membina bangunan Dayabumi.
Tun sanggup menghabiskan RM313 juta atau lebih RM71 juta dari sebut harga yang ditawarkan oleh sebuah syarikat anak tempatan pada waktu itu, pada hal hanya 20 hingga 40 buruh tempatan terlibat dalam kerja-kerja teknikal waktu pembinaan itu berlangsung.
Untuk lari dari kapitalis Eropah, Tun berpaling kepada Jepun.
Walhal, tidak banyak teknologi Jepun diwariskan kepada Malaysia kerana Jepun juga akrab dengan nilai kapitalisme. Kaum kapitalis selalunya tidak liberal dalam soal keuntungan serta servival perdagangan.
5 tahun lagi, adakah produktiviti tempatan yang agak berjaya merampas pasaran konsumerisme global; atau negara kita sebenarnya menjadi lubuk pasaran produktiviti negara-negara maju yang jelasnya tinggi mutu pembuatannya berbanding produk domestik.
Jenama baru atau lama; dasar lama atau baru tidak penting. Yang penting, mampukah liberalisasi ekonomi itu tidak mengulangi kegagalan yang lalu?
Buruh vs Majikan
Pro liberalisasi ekonomi juga percaya dengan penggalakkan pelaburan asing dalam negara, bermakna akan tumbuhlah kilang-kilang, firma-firma, bank-bank dan industri perkhidmatan.
Maka, ruang pekerjaan juga akan melebar.
Namun, perlu diingatkan bahawa liberalisasi ini juga majikan bebas menguruskan guna tenaga buruh secara fleksibal.
Sekarang, buruh datangan Indonesia, Vietnam, Filipina, Bangladesh serta beberapa negara lain bukan sahaj menumpu dalam profesyen ‘kasar’.
Kaum profesional dari sana juga sudah banyak diimport ke dalam negara sejak dasar buruh luar diperkenalkan di Malaysia.
Lebih baik menggajikan seorang akauntan atau jurutera komputer datangan Indonesia dengan RM1200 per bulan, berbanding anak tempat yang mahu gaji manimum RM1800 per bulan.
Itu tidak dikira lagi moral majikan yang sesuaka hati mengetepikan kaum buruh tanpa apa-apa jaminan hayat, apabila syarikatnya diramalkan atau dirundung kerugian.
5 tahun lagi, Malaysia akan menyaksikan skala perindustrian mungkin akan mengembang dari apa yang ada, tetapi manfaatnya untuk rakyat mungkin kian menguncup kerana soal keuntungan majikan adalah segala-galanya dalam kamus liberalisasi ekonomi.
Beli Barang Malaysia vs Beli Barang Murah
Bukan Malaysia sahaja mengamalkan dasar ‘Beli Barang Buatan Malaysia’; Amaerika Syarikat yang diwar-warkan mengamalkan ekonomi yang liberal juga mengembangkan kempen yang tidak jauh berbeza.
Dalam kepercayaan masing-masing, dengan berbuat demikian mungkin mendorong rakyat tanah air membeli barang-barang keluaran tempatan.
Sesetengah ekonomis berpendapat kempen itu bukanlah manifestasi pada proteksionisme perdagangan terancang peringkat negara, tetapi suatu strategi kempen perdagangan semata-mata.
Rakyat berkemampuan sudah tentu memilih barang yang berjenama. Kalau boleh, barang itu bukan buatan tempat kerana ia akan melambangkan status sosial Si Konsumer tersebut.
Rakyat marhaen akan membeli barang yang lebih murah, tanpa perlu melihat pada buatan Malaysia atau tidak.
Jika liberalisasi ekonomi dilaksanakan, cabaran paling getir 5 tahun lagi adalah industri kecil dan sederhana (iKS) khususnya yang berorientasikan teknologi dan perkhidmatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri terpaksa berputeh mata melihat peluang dan ruang perdagangan direbut-rebut oleh kaum pemodal yang lebih kompetatif dan progresif.
Mereka ini kalah bukan kerana tidak progresif dan kompetatif, tetapi lawan mereka adalah gergasi-gergasi ekonomi sedunia.
Mungkin kerana itulah Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditentang habis-habisan oleh banyak pihak.
Kaum ekonomis negara melihat penggiat ekonomi domesti masih belum bersedia berdepan cabaran serba getir di pentas global; walaupun AFTA hanya melibatkan 20% hingga 30% sektor perdagangan domestik.
Aras tanda perdagangan kita masih melihat dari jendela Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan iKS sendir, walhak ekonomi global sudah melihat kepentingan lain yang jauh lebih praktikal dan kompetatif – seperti isu kenaikan suhu global, sumber lestari, bahan berbahaya, kebersihat, gaji yang adil (setimpal) dan hak asasi manusia (konsumerisme).
Perlaksanaan liberalisasi ekonomi sekarang sebenarnya adalah proses ‘kebenaran tidak langsung’ AFTA walaupun ia terus dikritik sehingga sekarang.
Maka, kita tidak punya banyak pilihan. 5 tahun akan datang perlu ditempuh secara mandatori walaupun ada dalam kalangan kita masih dibelit perumpamaan kalau kail panjang, sejengkal jangan laut hendak diduga.
Liberalisasi Islam vs Liberalisasi Ekonomi
Pro Liberalisasi Ekonomi turut percaya bahawa perdagangan bebas secara mutlak menepati nilai serta tatacara Islam.
Kata mereka, cendekiawan Islam sejak dari awal lagi menolak sistem ekonomi terancang.
Malah, Islam menggalakkan kekuasaan politik atau pemerintah tidak campurtangan dalam sistem psaran itu.
Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri acapkali mahu komoditi ditentukan oleh pasaran.
Sejauh mana kebenaran dogma itu sejajar dengan Islam, mungkin perlu pada penjelasan Sarjana Ekonomi Islam.
Semalaman yang ada, tidak cukup untuk saya menekuni beberapa disiplin ilmu tersebut.
Bagaimanapun, di dalam al-Quran ada sepotang ayat al-Quran yang mungkin boleh menyuluh pemikiran kita.
Memang ada kebenarannya liberalisasi akan menghakis kuasa kapitalisme domestik yang sedia ada. Raja Gula Robert Keok tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengawal harga komoditi asasi itu lagi.
Namun, kebebasan ekonomi itu akan melahirkan ‘Raja Gula Baru’ yang mungkin kaum pemodal dari Amerika Syarikat, Australia atau beberapa negara pengeluar gula dunia.
Kita tidak perlu menbanding-bandingkan manfaat pada era ‘Raja Gula Lama’ dan ‘Raja Gula Baru’ lima tahun lagi, kerana manfaatnya tidak terus pergi kepada rakyat/konsumer dengan lebih adil.
Ini kerana dalam kamus liberalisasi ekonomi tidak ada konsep ‘komoditi keperluan’ dan ‘komoditi komersial’. Komoditi yang direbut-rebut dalam pasaran global sudah tentu dibelit oleh amalan monopoli yang lebih terancang dan senyap.
Berbeza dengan Islam. ‘Komoditi Keperluan’ tidak boleh diperdagang secara komersial, namun tidak boleh juga merugikan kaum pedagang yang mengusahakan perusahaan itu.
Zaman Nabi Muhammad s.a.w, beberapa ‘komoditi keperluan’ tidak boleh diperdagang secara komersial.
Antara hikmah prinsip ‘komoditi keperluan’ dan ‘komoditi komersial’ adalah:- - Agar kekayaan duniawi kurniaan Allah s.a.w boleh dimanfaatkan secara adil oleh semua; bukan oleh kelompok-kelompok tertentu sahaja (kaum kapitalisme).
- Supaya golongan berwajib seperti kerajaan/pemerintah dan kelompok profesional (seperti PETRONAS) yang membangunkan potensi nikmat Allah ini benar-benar untuk tujuan kebajikan dan keperluan; bukan berorientasikan keuntungan dan capitalisme.
- Supaya golongan marhaen yang miskin dan daif boleh terus berteduh dalam negara yang maju kerana harga barang asasi dan keperluan (seperti: petrol-diesel, makanan asasi) boleh didapati dengan harga yang paling minima/murah.
Ini keindahan ajaran dan amalan hidup Islam – menegakkan keadilan hak pada semua pihak yang tinggal dan hidup dalam sistem ekonomi Islam.
Konsumer tidak boleh dibebankan dengan pasaran harga yang tidak adil; manakala pemodal dan pemerintah tidak boleh juga menanggung kerugian demi menunaikan hak konsumer amnya.
Dengan liberalisasi ekonomi, bolehkah kesejahteraan seperti ini dinikmati 5 tahun mendatang?