SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by Aheed Razlan - - 0 Celahan

Bismillah...

InsyaAllah, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman akan menghantar wakil untuk menyertai Debat Musleh kali ke 3 pada 30 Jun - 4 Julai 2011 bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ( Sebelah Hospital Pusrawi dan berhadapan dengan Institut Jantung Negara, IJN). SMIAAK melalui Casa Minda Crew telah menghantar seramai 3 orang pendebat kategori bahasa Melayu iaitu Ahmad Mujahid (5) sebagai Posisi Perdana Menteri/ Ketua Pembangkang, Izzat Anuar (5) sebagai posisi Timbalan Perdana Menteri / Timbalan Ketua Pembangkang dan Marsha Abd. Malik (5) sebagai posisi Menteri Pertahanan. Manakala kumpulan pemerhati pula terdiri daripada Ahmad Anas (4), Muhammad Nuáiman (4), Nurul Syifa' (4) dan Mutmainnah Mazlan (3). Mereka akan menjadi wakil sekolah untuk bertanding pada kejohanan debat musleh kali ke 4 pada tahun yang akan datang. Semoga team SMIAAK beroleh kejayaan. InsyaAllah. Amin.
Justeru, anda sangat dialu-alukan datang ke te,pat pertandingan untuk memberi sokongan padu terhadap pasukan Casa Minda Crew yang ke Debat Musleh kali ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai debat musleh, sila layari http://www.facebook.com/muslehdebate atau http://muslehdebate.webs.com.

Moga beroleh manfaat.
[ Read More ]

Posted by ina :) - - 0 Celahan

Henti `ketagihan' ambil pekerja asing- Abdullah
KUALA LUMPUR 9 Nov — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta majikan di negara ini menghentikan `ketagihan’ mengambil pekerja asing kerana ia tidak akan menyumbang terhadap pembangunan modal insan sebaliknya memberi kesan negatif kepada negara.

Beliau berkata, pengambilan pekerja asing sama ada mengikut undang-undang mahupun secara haram, tidak akan dapat meningkatkan teknologi negara kerana pekerja yang diambil tidak mempunyai kemahiran tinggi dan mempunyai produktiviti yang rendah.

“Kita perlu pastikan ketagihan ini dapat dihentikan. Ini adalah satu masalah besar yang melanda untuk mencapai sasaran sebagai negara terbilang.

“Ini kerana mereka (majikan) membayar gaji buruh yang rendah dan (membabitkan) kos yang rendah. Tak dapat yang ada dokumen, mereka ambil yang tak ada dokumen. Kalau ini menjadi keinginan mereka (majikan) (setiap kali) bila ada kekosongan, akhirnya kesan tak akan jadi baik,” katanya, dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, perubahan sudahpun dilakukan kerajaan dengan menyediakan peluang kepada semua kanak-kanak sekolah dengan memastikan mereka beroleh peluang pendidikan bermula dari tahun satu hingga ke tingkatan lima secara percuma.

Katanya, ia bagi menjamin modal insan yang dihasilkan dilengkapkan dengan pekerja yang lebih baik dan berpengetahuan tinggi bagi membolehkan negara meningkatkan produktivitinya.

“Kalau dulu ada pelajar tak dapat meneruskan pelajaran selepas darjah enam kerana miskin dan ada yang hanya sampai SRP (kini Penilaian Menegah Rendah (PMR) sahaja dengan menyambung tiga tahun lagi pelajaran (selepas tahun enam).

“Tapi sekarang tidak ada lagi yang tidak boleh kerana laluan keluar (berhenti sekolah) sudah ditutup.

“Ini membolehkan mereka sekurang-kurangnya mempunyai pelajaran lebih tinggi pada masa (mereka) memohon pekerjaan selepas berhenti sekolah selain memastikan golongan miskin tidak diberhentikan,” katanya.

Beliau juga berharap, dengan adanya perubahan yang disediakan kerajaan pada sektor pekerjaan, industri yang mahu berkembang ataupun kilang baru ke Malaysia akan diminta, disyarat dan dipastikan menggunakan teknologi lebih tinggi supaya menjamin produktiviti dengan produk yang berkualiti.

Katanya, pekerja yang diperlukan akan dipersiapkan dan dilatih dengan lebih awal dengan kerjasama dan muafakat pihak industri.

“Maka dengan cara yang kita lakukan ini insya-Allah akan berubahlah dan akan hilanglah ketagihan untuk mendapat pekerja asing yang bergaji murah tetapi produktiviti kurang dan hasil kerja yang kurang bermutu,” katanya.

Beliau percaya perubahan ini akan dapat dilakukan dengan segera dan ia bukan satu yang sukar dengan perancangan secepat mungkin.

Katanya, isu pekerja asing dan penyediaan pengambilan pekerja tempatan ini memberikan impak kepada anak-anak di luar bandar yang juga mempunyai kebolehan yang sama dengan pelajar di bandar.

“Peluang belajar dan latihan kemahiran yang diberikan kepada mereka yang di luar bandar mesti dipastikan sama kualiti baik dan jangan berlaku tidak adil. Di pekan (bandar) elok di luar bandar tak elok. Kita tak mahu berlaku situasi seperti ini,” katanya.- Bernama





Prosedur ambil pekerja asing diketatkan
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Prosedur pengambilan pekerja asing akan diperketatkan dan jumlah anggota penguat kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) akan ditambah daripada 1,200 kepada 5,000 orang bagi membendung masalah kebanjiran golongan itu di negara ini.

Perkara itu diputuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggariskan tiga prosedur baru untuk memastikan kemasukan pekerja asing dikawal secara berkesan berkuat kuasa tahun depan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, prosedur pertama ialah majikan yang ingin mengambil pembantu rumah asing diwajibkan mengambil insurans bagi mengurangkan kos perubatan dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

‘‘Cara pengambilan pekerja asing yang ketat itu akan dilanjutkan kepada semua pekerja asing di semua sektor pada masa depan,” kata Setiausaha Agung UMNO itu ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Radzi memberitahu, prosedur kedua ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU) diberi mandat untuk melakukan kajian serta menggariskan satu panduan mengenai had siling pekerja asing yang dibenarkan untuk semua sektor pekerjaan di negara ini.

Menurutnya, prosedur ketiga ialah kerajaan memutuskan supaya Kementerian Sumber Manusia mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan selama dua minggu untuk diisi oleh tenaga kerja tempatan dahulu sebelum dibuka kepada pekerja asing.

Beliau berkata, langkah itu diputuskan oleh Najib ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing pada 9 Oktober lepas yang dihadiri oleh beberapa kementerian berkaitan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri juga bersetuju menambah bilangan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen bagi memperhebatkan lagi operasi menangkap pekerja asing tanpa izin (PATI).

“Selain itu, Kabinet pada dua minggu lepas bersetuju meletakkan depot-depot tahanan yang terletak di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,” jelasnya.

Berikutan keputusan tersebut, Radzi berkata, depot-depot tersebut akan diperkemaskan dan diperbanyakkan pada masa depan manakala agensi penguatkuasaan kementerian itu akan mempergiatkan lagi operasi membasmi PATI dengan dibantu oleh pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

“Operasi itu akan diperhebatkan untuk memburu dan menangkap pekerja asing yang tidak sah dan laporan operasi tersebut akan disiarkan untuk pengetahuan umum,” jelasnya.

Radzi berkata, operasi itu juga akan dijalankan untuk mengatasi masalah pekerja asing yang masuk secara sah tetapi tidak pulang ke negara asal walaupun telah tamat tempoh permit kerja.





maklumat lanjut :
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2470.0

[ Read More ]

Posted by ina :) - - 0 Celahan

Saranan pengambilan pekerja asing dihentikan

LANGKAWI 30 Dis — Pengambilan pekerja asing perlu dihentikan buat sementara waktu sehingga satu dasar lebih terperinci diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar.
Beliau berkata, pada masa ini terdapat 2.6 juta pekerja asing di negara ini.
“Bilangan ini sudah mencukupi, pengambilannya perlu dihentikan”, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan tiga tahun sekali Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) ke-18 yang dihadiri lebih 100 perwakilan dari seluruh negara di sini hari ini.
Beliau berkata, peluang pekerjaan yang wujud berikutan pembukaan koridor pembangunan ekonomi wilayah yang baru bukan untuk pekerja asing tetapi lebih utama kepada pekerja tempatan.
“Kita tidak mahu majikan atau agensi pekerjaan beranggapan ini adalah peluang untuk mereka mencari keuntungan bagi membawa pekerja asing ke negara ini,” katanya.
Mengenai gaji pekerja ladang, Abdul Rahman berkata, lebih 200,000 pekerja ladang di seluruh negara sudah mendapat gaji secara bulanan yang jauh lebih baik daripada yang diterima mereka sebelum ini.
Beliau berkata, pekerja ladang kini mendapat gaji minimum antara RM325 dan RM350 sebulan, tidak termasuk pemberian elaun.
“Ini adalah hasil rundingan kementerian dengan NUPW dan MAPA (Persatuan Pengeluar-Pengeluar Pertanian Tanah Melayu),” katanya.
Katanya, NUPW turut memberi skim perlindungan kepada pekerja ladang yang kini telah memberi manfaat kepada 334 ahli dengan perbelanjaan RM3.6 juta.- Bernama
[ Read More ]

Posted by ina :) - - 0 Celahan


Pekerja tempatan lebih mampu tingkat produktiviti

SUDAH sampai masanya, para majikan memberi keutamaan kepada pengambilan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat masing-masing.
Alasan pekerja tempatan memilih kerja tidak lagi boleh digunakan kerana tiada satupun kajian dijalankan untuk membuktikan kebenaran perkara tersebut. Ia sekadar alasan majikan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab menggaji pekerja tempatan.
Walaupun menyedari pekerja asing tidak mempunyai kemahiran, namun faktor upah yang rendah membuatkan majikan menutup mata kekurangan tersebut.
Dalam hal itu, faktor produktiviti langsung tidak diambil kira. Soalnya, sampai bila majikan mahu bergantung kepada tenaga kerja asing tidak mahir, sedangkan negara memerlukan pekerja mahir bagi memacu ke status negara maju.
Menyedari itulah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji pekerja asing dengan sewenang-wenangnya. Ingatan Najib itu memang kena masanya memandangkan majikan sekarang bersikap lebih mementingkan diri daripada keperluan negara.
Majikan hanya mahu membolot kemakmuran negara yang dinikmati hasil daripada kerja keras para pemimpin negara tanpa mahu berkongsi tanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada anak watan.
Menuduh pekerja tempatan memilih kerja adalah tidak adil. Setahu penulis, pekerja tempatan juga tertarik dengan iklan kerja kosong yang ditawarkan tetapi apabila menghadiri temuduga, mereka pulang dengan wajah hampa kerana gaji yang ditawarkan 'tidak masuk akal', misalnya RM350 sebulan sebagai pengawal keselamatan.
Jika pekerja asing, jumlah itu jauh lebih mencukupi kerana mereka tidak perlu menyewa rumah, sebaliknya tinggal berhimpit-himpit dalam bilik sewa. Tentulah keadaan itu tidak sesuai untuk pekerja tempatan terutama mereka yang telah berkeluarga? Kos hidup yang tinggi di Malaysia, berbanding di Indonesia, Bangladesh dan Nepal menyebabkan mereka tidak boleh menerima gaji serendah itu. Majikan sekadar mementingkan diri sendiri apabila enggan bertolak ansur dalam soal gaji dan majikan jenis ini adalah mereka yang tidak mengenang budi kerana kekayaan dan kemakmuran negara yang dinikmati tidak mahu dikongsi dengan penduduk tempatan.
Majikan jenis itu perlu 'diajar' iaitu mereka diwajibkan membayar sejumlah caj yang tinggi jika mahu menggaji pekerja asing.
Apabila caj itu dicampur dengan gaji pekerja asing, maka pastikan jumlahnya lebih tinggi berbanding dengan membayar gaji pekerja tempatan.
Selain itu, permit membawa masuk pekerja asing serta tambahan import pekerja asing perlu dihentikan segera agar majikan tidak mempunyai pilihan, kecuali mengambil pekerja tempatan.
Statistik setakat Februari 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen menunjukkan jumlah pekerja asing di seluruh negara adalah 1.6 juta.
Jumlah itu telah berkurangan sebanyak 600,000 berbanding tahun sebelumnya. Ini satu pencapaian yang baik dan kekurangan itu boleh diisi oleh pekerja tempatan.
Menerusi skim latihan kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan, penulis yakin pekerja tempatan lebih mampu membawa keuntungan kepada majikan yang menceburi sektor industri atau pembuatan. Dengan kemahiran yang dimiliki, mereka mampu meningkatkan produktiviti sekali gus melonjakkan julat keuntungan.
Sudah sampai masanya juga, majikan menggunakan kaedah moden yang dikendalikan oleh pekerja mahir dalam sektor pertanian, penternakan dan pembinaan.
Mungkin kos permulaan agak tinggi, tetapi kos jangka panjang adalah lebih menguntungkan.
Inovasi dan kreativiti juga boleh dicipta oleh pekerja tempatan yang mahir. Lebih banyak reka cipta yang menjimatkan kos pengeluaran dapat dihasilkan dan akhirnya, majikan juga meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Status negara berpendapatan tinggi seperti yang dirangka dalam Model Ekonomi Baru (MEB) tidak dapat dicapai jika majikan terus menggaji pekerja asing yang tidak mahir dengan upah yang rendah.
Ini kerana antara syarat yang perlu ada untuk menikmati MEB adalah pekerja berkemahiran tinggi dengan upah yang munasabah. Syarat itu jika dapat dipenuhi, maka ia mampu menarik lebih banyak pelaburan asing langsung (FDI). Jika tidak, tahap ekonomi Malaysia akan terus begini selamanya.
[ Read More ]

Posted by Aheed Razlan - - 2 Celahan


Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaAllah akan diadakan Debat Antarabangsa Anjuran Musleh Kali ketiga bertempat di Hotel Putra.
Maklumat lanjut , layari : http://www.facebook.com/muslehdebate

Usul mesti diterima .
[ Read More ]

Isu Terkini