SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by ina :) - - 0 Celahan


Pekerja tempatan lebih mampu tingkat produktiviti

SUDAH sampai masanya, para majikan memberi keutamaan kepada pengambilan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat masing-masing.
Alasan pekerja tempatan memilih kerja tidak lagi boleh digunakan kerana tiada satupun kajian dijalankan untuk membuktikan kebenaran perkara tersebut. Ia sekadar alasan majikan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab menggaji pekerja tempatan.
Walaupun menyedari pekerja asing tidak mempunyai kemahiran, namun faktor upah yang rendah membuatkan majikan menutup mata kekurangan tersebut.
Dalam hal itu, faktor produktiviti langsung tidak diambil kira. Soalnya, sampai bila majikan mahu bergantung kepada tenaga kerja asing tidak mahir, sedangkan negara memerlukan pekerja mahir bagi memacu ke status negara maju.
Menyedari itulah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji pekerja asing dengan sewenang-wenangnya. Ingatan Najib itu memang kena masanya memandangkan majikan sekarang bersikap lebih mementingkan diri daripada keperluan negara.
Majikan hanya mahu membolot kemakmuran negara yang dinikmati hasil daripada kerja keras para pemimpin negara tanpa mahu berkongsi tanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada anak watan.
Menuduh pekerja tempatan memilih kerja adalah tidak adil. Setahu penulis, pekerja tempatan juga tertarik dengan iklan kerja kosong yang ditawarkan tetapi apabila menghadiri temuduga, mereka pulang dengan wajah hampa kerana gaji yang ditawarkan 'tidak masuk akal', misalnya RM350 sebulan sebagai pengawal keselamatan.
Jika pekerja asing, jumlah itu jauh lebih mencukupi kerana mereka tidak perlu menyewa rumah, sebaliknya tinggal berhimpit-himpit dalam bilik sewa. Tentulah keadaan itu tidak sesuai untuk pekerja tempatan terutama mereka yang telah berkeluarga? Kos hidup yang tinggi di Malaysia, berbanding di Indonesia, Bangladesh dan Nepal menyebabkan mereka tidak boleh menerima gaji serendah itu. Majikan sekadar mementingkan diri sendiri apabila enggan bertolak ansur dalam soal gaji dan majikan jenis ini adalah mereka yang tidak mengenang budi kerana kekayaan dan kemakmuran negara yang dinikmati tidak mahu dikongsi dengan penduduk tempatan.
Majikan jenis itu perlu 'diajar' iaitu mereka diwajibkan membayar sejumlah caj yang tinggi jika mahu menggaji pekerja asing.
Apabila caj itu dicampur dengan gaji pekerja asing, maka pastikan jumlahnya lebih tinggi berbanding dengan membayar gaji pekerja tempatan.
Selain itu, permit membawa masuk pekerja asing serta tambahan import pekerja asing perlu dihentikan segera agar majikan tidak mempunyai pilihan, kecuali mengambil pekerja tempatan.
Statistik setakat Februari 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen menunjukkan jumlah pekerja asing di seluruh negara adalah 1.6 juta.
Jumlah itu telah berkurangan sebanyak 600,000 berbanding tahun sebelumnya. Ini satu pencapaian yang baik dan kekurangan itu boleh diisi oleh pekerja tempatan.
Menerusi skim latihan kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan, penulis yakin pekerja tempatan lebih mampu membawa keuntungan kepada majikan yang menceburi sektor industri atau pembuatan. Dengan kemahiran yang dimiliki, mereka mampu meningkatkan produktiviti sekali gus melonjakkan julat keuntungan.
Sudah sampai masanya juga, majikan menggunakan kaedah moden yang dikendalikan oleh pekerja mahir dalam sektor pertanian, penternakan dan pembinaan.
Mungkin kos permulaan agak tinggi, tetapi kos jangka panjang adalah lebih menguntungkan.
Inovasi dan kreativiti juga boleh dicipta oleh pekerja tempatan yang mahir. Lebih banyak reka cipta yang menjimatkan kos pengeluaran dapat dihasilkan dan akhirnya, majikan juga meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Status negara berpendapatan tinggi seperti yang dirangka dalam Model Ekonomi Baru (MEB) tidak dapat dicapai jika majikan terus menggaji pekerja asing yang tidak mahir dengan upah yang rendah.
Ini kerana antara syarat yang perlu ada untuk menikmati MEB adalah pekerja berkemahiran tinggi dengan upah yang munasabah. Syarat itu jika dapat dipenuhi, maka ia mampu menarik lebih banyak pelaburan asing langsung (FDI). Jika tidak, tahap ekonomi Malaysia akan terus begini selamanya.

Leave a Reply

Isu Terkini