- Pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
- Pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
- Menghancurkan keadilan dalam masyarakat. Tiada lagi jaminan penjagaan harta, maruah, nyawa dan diri seseorang. Semuanya boleh dibeli.
- Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skill. Jumlah masyarakat yang cekap , mahir dalam tugasan dan ilmu akan berkurangan kerana ‘skill' dan ilmu kemahiran semakin tiada erti lagi, yang lebih beerti adalah siapa lebih cekap menyogok.
- Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Masing-masing memikirkan diri mereka semata-semata tanpa memikirkan kesan buruk terhadap mangsa bagi jangka pendek dan Negara bagi jangka panjang.
- Menghasilkan hasil kerja yang buruk. membahayakan keselamatan dan keharmonian. Kontrak kerja yang diberi secara rasuah kepada pengusaha yang bukan kerana merit tetapi kerana sogok, mendedahkan bahaya kepada orang ramai disebabakn kerjanya tidak berkualiti.
- Kos pengurusan akan meningkat. Semua syarikat pengusaha baru terutamanya semakin sukar berkembang akibat kos meningkat kerana peruntukan kos rasuah diperlukan.
- Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap. Pengurusan sengaja melengahkan kerja kerana menunggu rasuah tertinggi. Pertambahan proses birokrasi juga boleh menambah kelembapan, kerana mungkin semua tahap pegawai inginkan rasuah terlebih dahulu sebelum memproses permohonan dan lain-lain
Alhamdulillah...
yang berhormat, adakah SPRM itu benar-benar boleh diyakini daripada terjebak dari gejala rasuah sedangkan pegawai imigresen yang arif mengenai undang-undang pun tidak mampu mengekang gejala rasuah bahkan dia sendiri yang menerimanya.. oleh itu, adakah ada jaminan SPRM tidak mengambil rasuah sama sekali atau hanya sekadar nama sahaja ?