Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).
Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)].
Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).
Tanggal 28 Ogos 2010 yang lalu, Berita Harian telah melaporkan bahawa Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Abdul Rahman Othman begitu kecewa dan amat terkejut dengan dakwaan mengatakan sesetengah anggota dan para pegawainya telah menerima wang sogokan yang bernilai hampir RM60,000.Beliau meluahkan perasaan sebegitu ketika diminta mengulas tentang kejadian yang mana melibatkan segelintir anggota penguatkuasaan dari Jabatan Imigresen telah disyaki terlibat dengan gejala yang seumpama rasuah ini. Mereka yang tidak bertanggungjawab itu didakwa telah menerima wang sogokan kira-kira RM2,000 sehari untuk kemudahan urusan penyeludupan pendatang tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia menerusi Jeti Pulau Ketam di Pelabuhan Klang.
Berita Harian, Isnin 14 Oktober 2010 sekali lagi melaporkan seorang majistret telah menerima rasuah dan akan dipenjarakan selama enam tahun setelah disabitkan kesalahan. Bayangkanlah seorang majistret yang lebih arif dalam hal peraturan dan undang-undang negara pun tidak takut akan kesalahan terjebak dengan rasuah. Sekarang di manakah silapnya langkah yang telah dilaksankan oleh kerajaan.
cara pencegahan selain KERAJAAN:
perlu juga diadakan pertubuhan awam atau badan swasta seperti ALIRAN di Malaysia yang boleh membantu menjayakan kempen ini. Institusi sosial merupakan tempat yang penting untuk menyalurkan perkara-perkara yang berhubung dengan rasuah dan masalah-masalahnya, seperti masjid-masjid sama ada melalui khutbah atau permuzakarahan dan lain-lain bentuk penyampaian. Sekolah-sekolah juga harus membincangkan mengenai kepentingan menghapuskan rasuah.
mengubah sikap orang ramai sekadar memperkatakannya kemudian meninggalkannya begitu sahaja. Semua orang tahu rasuah tidak baik, rasuah haram dan sebagainya, tetapi sejauh mana mereka bertindak untuk menghalang rasuah berlaku?.
Masyarakat harus memberikan sokongan terhadap SPRM dengan menjadi mata dan telinganya. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Indonesia melibatkan Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) telah sengaja dicalarkan imejnya dengan konspirasi tertentu untuk menjatuhkan reputasi badan pencegahan rasuah itu. Gerak menegaskan bahawa SPRM perlu didukung oleh individu-individu yang bersih dan berintegriti. Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah perlu disegerakan dan harus mendapat perhatian seluruh ahli Parlimen Malaysia.
melakukan kerja-kerja yang boleh membantu pembasmian ini di antaranya ialah, mengadakan kempen-kempen seperti menjual pelakat kereta dan motosikal, mengedar risalah mengenai rasuah kepada umum atau orang ramai, menulis rencana tentang rasuah untuk siaran akhbar dan melekat poster-poster untuk mendidik orang ramai menentang rasuah. Sekurang-kurangnya kempen-kempen seperti itu boleh menyakinkan keluarga mereka dan sahabat-sahabat mereka mengenai keburukan rasuah.
LAIN LAIN:
SPRM menyokong masyarakat mencegah rasuah.[link] Rasuah dan salahguna kuasa runtuhkan moral [link] Anjakan minda ke arah benci rasuah [link]
Amanah dipikul ::Syafiq Akram::
Alhamdulillah...
yang berhormat, adakah SPRM itu benar-benar boleh diyakini daripada terjebak dari gejala rasuah sedangkan pegawai imigresen yang arif mengenai undang-undang pun tidak mampu mengekang gejala rasuah bahkan dia sendiri yang menerimanya.. oleh itu, adakah ada jaminan SPRM tidak mengambil rasuah sama sekali atau hanya sekadar nama sahaja ?