ISI PEMBANGKANG *TIDAK PERLU
Paling membuatkan saya tak bersetuju ialah pembinaan menara Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat berdekatan dengan Dataran Merdeka. Projek yang menelan belanja RM 5 bilion dan dibiayai oleh PNB ini akan mengalahkan ketinggian menara berkembar Petronas bila siap sepenuhnya pada 2015 nanti.
Tak boleh ke buat menara ni?
Pada saya ia adalah projek yang membazir kerana kos pembinaannya pasti akan melonjak nanti dan angka 5 bilion ini bukan angka yang tetap. Melihat kepada beberapa projek kerajaan sebelum ini seperti pembinaan hospital di Shah Alam, institut kanser di Putrajaya dan Istana Negara baru yang menunjukkan
peningkatan kos hampir dua kali ganda daripada kos asal, tak mustahil peningkatan kos pembinaan juga bakal berlaku terhadap Warisan Merdeka. Rundingan tender secara terus yang sering dilaksanakan kerajaan lagilah memburukkan keadaan. Buatlah tender terbuka. Baru ada persaingan sikit. Kurang rasuah dan kurang penyelewengan.
Pelik sungguh dengan kenyataan PM. Beliau berkata
projek tersebut bukan atas arahannya. Kalau bukan arahan beliau, tak perlu la masukkan dalam bajet 2011. Beliau juga boleh memilih untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan projek ini jika ianya tak mendatangkan faedah kepada negara secara keseluruhannya. Bukankah PM orang yang paling berkuasa di Malaysia?
Menara tertinggi tak melambangkan ekonomi berpendapatan tinggi…
duit bukan segalanya… Visi PM untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi tu bagus. Tapi pembinaan menara tak memberikan impak yang besar terhadap kejayaan visi ini. Bape kerat je pun yang boleh kerja kat situ. Lebih baik 5 bilion tu guna untuk pembangunan modal insan lagi bagus. Kita bukannya kekurangan prasarana, tapi kita kurang modal insan untuk menggunakan prasarana yang ada. Contohnya pelaburan yang terpaksa ditolak kerajaan negeri Pulau Pinang atas alasan tidak mempunyai tenaga kerja mahir yang dimahukan oleh pelabur. Tambah pulak semakin ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara untuk bekerja. Tak patriotik bukan alasannya. Kalau negara kita dah best kenapa nak kerja kat oversea pulak kan? Mereka pasti ada alasan sendiri dan kerajaan harus mendengarnya. Terus menuduh mereka tidak patriotik bukan satu langkah yang bijak.
Malaysia turut mengalami penurunan pelaburan daripada luar negara sebanyak 80% pada tahun lepas. Jangan risau bende ni tak masuk TV.
Boleh tengok kat sini. Kejatuhan pelaburan bukan sebab ekonomi jatuh semata. Tapi kerana kelemahan polisi dan terlalu banyak ketirisan. Ketika ini
ekonomi kita dari kalangan negara ASEAN hanya lebih baik daripada Laos, Kemboja dan Myanmar. Lain-lain semua kita dah kena tinggal. Jadi pelabur pun lari. Jika fakta yang diberikan adalah penipuan semata, ahli parlimen tadi harus didakwa kerana mengelirukan dewan rakyat. Setakat ni takde tindakan yang diambil oleh speaker maknanya betul lah semua fakta yang disebutkan tadi.
Verdict is…
Negara lain yang lebih maju pun tak buat menara. Jadi kenapa kita sibuk nak buat? Pembinaan mercu tanda bukan satu kesalahan. Tapi banyak lagi benda yang lebih utama untuk dilaksanakan. Kita dah gah dengan KLCC dan kita tak perlu lagi ada KLCC yang kedua. Kawasan sekitar KLCC pun dah jem dan kawasan sekitar Warisan Merdeka juga mungkin akan melalui senario yang sama.
RM 5 bilion bukan jumlah yang sikit. Dengan adanya 5 bilion, masalah sekolah daif, rumah kampung yang nak roboh, kawasan pedalaman yang takde air dan elektrik boleh diselesaikan. Bagi bonus sebulan gaji kat kakitangan awam yang menelan belanja sekitar RM 3 bilion pun takpe.
Maaf jika tulisan ini banyak sanggahan daripada sokongan. Tapi sebagai seorang rakyat Malaysia, itulah yang saya rasakan. Tak dinafikan ada juga kebaikan di sebaliknya. Tapi jika lebih banyak yang negatif daripada yang positif, elok saja cadangan ini dibekukan serta merta. Bukan semua rakyat mampu untuk ke sana atau pun mampu membeli-belah di Shopping Center yang bakal dibina di bawahnya. Jalan-jalan kat KLCC pun setakat amik angin je. Tak mampu nak berbelanja di butik-butik mewah yang ada. Takut nak masuk adelah.hehe..
Rakyat biasa tak mengaharapkan bangunan yang tinggi-tinggi. Cuma harapan mereka agar dapat hidup aman, damai tanpa kesempitan hidup dan kebajikan yang terjaga. Tu je. Apa guna bangunan tinggi-tinggi jika masih ada rakyat yang menanggung derita mengharungi hidup yang semakin menggila kos sara hidupnya. Tiap tahun harga barang naik tak tentu pasal tapi gaji banyak tu juga daripada 10 tahun yang lepas. Kepada kerajaan, sila utamakan yang lebih utama kerana yang utama itu lebih utama daripada yang utama…
Anda macam mana? Setuju ke dengan pembinaan Warisan Merdeka ni?
ISI KERAJAAN *PERLU
1. Budget 2011 dah berlalu hampir 2 minggu yang lalu. Budget tahun 2011 nie bermotifkan pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi. Budget untuk membangunkan negara seterusnya menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020.
2. Dalam intipati budget 2011 tu, salah satu perkaranya adalah membina
Menara Warisan setinggi 100 tingkat. Menara ini bakal menjadi mencu tanda terbaru Malaysia dan juga bakal menara tertinggi di Malaysia.
3. Menara ini bakal dibangunkan oleh PNB ataupun Permodalan Nasional Berhad. Syarikat yang diketahui ramai menyimpan duit dari pelaburan Amanah Saham. Semua amanah saham yang ASB/ASN/ASW dan banyak lagila adalah di bawah pengurusan PNB.
4. Idea Menara Warisan nie adalah idea yang positif dan berwawasan, namun begitu, ramai jugakla yang membangkang pembinaan Menara Warisan ini. Siap ada Facebook Fan Page tu. Mereka mensasarkan seramai 1 juta rakyat Malaysia akan membangkang pembinaan Menara Warisan ini.
5. Alasan mereka yang membangkang adalah kerana mereka menganggap ini adalah pembaziran duit rakyat dan sepatutnya disalurkan kepada pembasmian kemiskinan, penaiktarafan jalan raya dan juga bidang kesihatan. Hmmm point yang betul tapi masuh kurang kukuh untuk membangkang penuh pembinaan
Menara Warisan ini.
6. Aku secara peribadi menyokong cadangan Pembinaan
Menara Warisanini. Aku siap join facebook fan page untuk mereka yang menyokong pembinaan
Menara Warisan ini.
7. Aku menyokong cadangan pembinaan ini atas dasr peribadi dan pemikiran sendiri, tak terpengaruh dengan mana-mana ideologi. Aku sokong sebab, Menara Warisan ini bakal dibangunkan oleh PNB, iaitu penyimpan duit yang mana penyimpannya nak keuntungan hasil simpanan mereka. Korang nak ke simpan duit kat ASB/ASN or ASW tu tak dapat pulangan? Setahu aku, setakat ini, pulangan pelaburan PNB nie adalah yang paling konsisten pulangannya setakat ini. Ini adalah hasil pelaburan mereka, pelaburan ke atas syarikat-syarikat yang berpotensi.
8. Pembinaan menara ini adalah merupakan salah satu pelaburan yang dilakukan oleh PNB. Pelaburan demi menjaga kepentingan pelabur untuk jangka masa yang panjang. Takkanla PNB nak melabur untuk buat hospital kerajaan, buat jalan raya kat kampung-kampung? Korang nak ke bagi duit pelaburan korang untuk jalankan projek kerajaan semacam ini? Ada pulangan ke kalau buat projek macam ini? Fikir sendirila yer.
9. Sebab kedua aku sokong adalah Menara Warisan ini akan meningkatkan ekonomi Malaysia melalui banyak sektor. Salah satunya adalah pelancongan. Pelancong nie datang kebanyakkannya adalah untuk membuang duit. So, kalaulah mereka melawat Malaysia, banyaklah pendapatan yang mampu negara perolehi secara tidak langsung.
10. Selain pelancongan, dengan adanya Menara Warisan ini, dapatkah anda bayangkan jumlah pekerjaan yang akan dan dapat ditawarkan kepada rakyat Malaysia? Berbanding kalau buat jalan raya @ kemudahan kesihatan. Kalau buat jalan raya, makin ramailah nanti yang berkerja sebagai pengukur jalan nampaknya. Lagipun, menjelang 2015, berapa juta agaknya bakal graduan kan lahir? Siapa nak bagi kerja kat mereka nie? Takkan nak suruh mereka kerja ukur jalan? Betul tak? Menara 100 tingkat tu memang bakal menyelesaikan masalah ini.
11. Sebab lain, berapa banyak peluang perniagaan yang akan dicipta hasil dari pembinaan Menara Warisan ini? Beribu-ribu peluang perniagaan bakal dicipta walaupun semasa pembinaan berlaku. Selepas itu, setelah siap pula, beribu-ribu lagi peluang perniagaan tercipta. Shopping complex, building maintenance, pejabat dan macam2 lagila. Banyak tau. Korang fikirkanla yer.
12. Selain ekonomi dan pelancongan nie, aku beranggapan, dengan pembinaan Menara Warisan ini, secara tak langsung akan membangunkan kawasan persekitarannya. Sebelum ini apa yang korang boleh bayangkan kat kawasan Stadium Merdeka tu? Mesti biasa-biasa jerkan? dan cuba bayangkan kalau selepas pembinaan Menara Warisan ini? Cuba bayangkan kalau jadi macam kawasan sekitar KLCC? Itulah dinamakan kesannya ke atas kawasan sekitar, membangun dan seterusnya memajukan secara tidak langsung.
13. Kos yang ditanggung PNB hanya RM5billion sahaja. Namun kesannya akan memberi negara pembangunan mungkin bernilai puluhan billion ringgit. Ini telah terbukti dengan pembangunan di sekitar KLCC. Hotel, bangunan Exxon Mobil, Public Bank dan banyak lagila. Adakah kerajaan mengeluarkan duit untuk semua ini? Tentulah tidak. Jadi, fikirlah bersama demi kesejahteraan, pembangunan dan kemajuaan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia
lain-lain:
lihat di sini..