SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by Aheed Razlan - - 0 Celahan



USUL: Krisis ekonomi mengancam keselamatan produk

KRISIS EKONOMI: Sesuatu keadaan apabila berlaku masalah kegawatan ekonomi Negara   yang menimbulkan pelbagai masalah dalam Negara akibat ketidakstabilan dalam isu ekonomi.

Malaysia telah melalui beberapa fasa Krisis ekonomi dunia pada bermula 1987 dan seterusnya.

Krisis mata ekonomi telah menurunkan nilai mata wang Malaysia ke paras yang paling rendah dalam dua dekad yang lepas (Jadual 3). Nilai pertukaran RM/US telah menurun daripada 2.7 pada tahun 1988 kepada 3.89 dalam 1997 (penurunan sebanyak 30%). Penurunan kadar pertukaran membawa beberapa implikasi penting kepada ekonomi. Kesan krisis ini keatas beberapa pembolehubah ekonomi dibincangkan selanjutnya.

Kesan Krisis Ekonomi Malaysia :

Krisis kewangan yang mula-mula melanda di Negara Thai turut dirasai oleh Malaysia pada kemudiannya. Ketidakstabilan dalam kadar pertukaran asing telah menyebabkan negara-negara yang tidak mempunyai rizab asing yang kukuh tidak mampu mempertahankan nilai matawang mereka dalam pasaran spekulasi. Pada 2 Julai 1997, kerajaan Thai membiarkan nilai Baht merosot dan begitu juga dengan kerajaan Indonesia yang mengumumkan kejatuhan nilai Rupiah yang mendadak pada 11 Julai 1997. 

Pada permulaan krisis ini, Malaysia cuba mengekalkan nilai ringgit terhadap matawang asing. Bagaimanapun, langkah ini tidak kekal lama memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi. Di antara tempon 14 Julai 1997 hingga 7 Januari 1998, nilai ringgit telah jatuh dari RM2.50 terhadap US$1 kepada RM4.88 terhadap US$1. Tahun 1998 memperlihatkan kesan krisis ke atas ekonomi Malaysia. Pertumbuhan KDNK merosot dari sekitar 7 peratus pada tahun 1997 kepada sekitar negatif 7 peratus pada tahun 1998. Ekonomi negara berada dalam kedudukan yang lemah memandangkan sektor korporat mengalami kesukaran dalam mendapatkan kredit dan pada masa yang sama mengalami peningkatan hutang yang semakin tinggi.
Pengeluaran ouput adalah rendah di semua sektor yang utama dan perbelanjaan pengguna juga adalah lemah. Projek infrastruktur yang besar yang berjumlah lebih daripada RM60 billion seperti Bakun hydro-electric dam, Northern Region International Airport, Highland Highway dan Kuala Lumpur Linear City terpaksa ditangguhkan. Di bawah pengukuran belanjawan yang ketat, menteri-menteri dan pegawai kerajaan menghadapi potongan gaji.

Dari segi Imbangan Pembayaran, kejatuhan nilai Ringgit meningkatkan jumlah eksport dan mengurangkan jumlah import. Secara tidak langsungnya, ia mengurangkan saiz defisit dalam akaun semasa. Bagi sesetengah produk seperti minyak petroleum yang diniagakan dalam nilai US dollar, kita menampakkan satu peningkatan yang mendadak dalam hasil pendapatan negara dalam nilai Ringgit. Sebahagian besar daripada barangan eksport Malaysia terdiri daripada barang industri dan ia telah menyumbang kepada 80 peratus daripada jumlah eksport negara. Bagaimanapun, faedah yang dinikmati daripada barangan eksport ini adalah terhad walaupun nilai Ringgit adalah rendah. Skel pengeluaran yang sederhana menyebabkan banyak firma tidak sempat mengambil kesempatan yang sedia ada untuk meningkatkan outputnya dan dieksport walaupun mereka telah beroperasi pada tahap yang sepenuhnya.

Kebanyakan pengimport asing menghendaki pengeluar tempatan memberikan diskaun atas barangan yang diimport oleh mereka. Jadi, ini mengakibatkan kejatuhan dalam nilai barangan eksport negara Malaysia. Tambahan pula, disebabkan kos ke atas barangan import telah meningkat dan sebahagian daripada barangan import ini merupakan barangan pertengahan untuk dijadikan barangan eksport, keadaan ini telah mengurangkan keuntungan pengeluar Malaysia. Kenaikan harga dalam barangan import turut meningkatkan harga barangan pengguna secara keseluruhan. Kesannya, pendapatan isirumah berkurangan dan ini menurunkan kuasa membeli penduduk Malaysia.

Ekonomi terlampau bergantung kepada sistem perbankan untuk mendapat dana. Dalam sektor perbankan, walaupun berlakunya penurunan dalam pertumbuhan deposit, namun aktiviti pinjaman masih diteruskan. Ini menyebabkan risiko sistematik tinggi dan berlaku funding mismatch kesan daripada fenomena lend long (pinjaman jangka panjang) serta borrow short (deposit jangka pendek) oleh bank. Pada September 1997, sektor perbankan dikatakan mengalami liabititi eksternal sebanyak RM6 billion.

Kejatuhan dalam pasaran stok dan matawang menyebabkan pelabur asing kehilangan keyakinan untuk melaburkan modal di Malaysia. Malahan pelabur-pelabur yang sedia ada telah membawa keluar duit Ringgit untuk disimpan di bank-bank luar. Dalam keadaan yang kekurangan sumber untuk memberikan pinjaman kepada pihak awam, kadar bunga terpaksa ditolak ke tahap yang tinngi. Bank Negara cuba mengelakkan kenaikan kadar bunga dengan menurunkan syarat nisbah rizab dan pada masa yang sama, mencurahkan sebahagian daripada rizab wang ke dalam pasaran wang domestik. Secara tidak langsungnya, dikatakan usaha kerajaan dalam mempertahankan kenaikan kadar bunga telah menyebabkan sistem perbankan meningkatkan pergantungannya ke atas pinjaman asing jangka pendek. Walaupun kerajaan mengatakan hutang luar Malaysia adalah antara yang terendah di negara Asia yang dilanda krisis kewangan, namun, harus diingat bahawa hutang dalaman Malaysia pula adalah antara yang tertinggi di rantau Asia. 

Kesan Krisis Ekonomi Terhadap Isu Sosial

(i) Kesan Ke Atas Kemiskinan

Di Malaysia pula, kerajaan mengumumkan bahawa masalah kemiskinan (headcount measure) meningkat pada tahun 1998 sebagai kesan peningkatan pengangguran dan inflasi. Pada 1998, sejumlah 7.6% populasi (termasuk bukan warganegara) berada di bawah garis kemiskinan rasmi berbanding 6.8% pada 1997. Jumlah isirumah miskin meningkat dari 346,000 pada 1997 kepada 394,000 pada 1998. Kerajaan mempersoalkan bahawa "majoriti isirumah miskin baru adalah dari kawasan bandar di mana kesan retrenchment, pengangguran dan inflasi adalah lebih menonjol" (Kerajaan Malaysia, 1999:64). Sumber yang sama mempersoalkan bahawa ketidakseimbangan pendapatan keseluruhan meningkat sedikit pada 1998 kerana kesan krisis ekonomi adalah lebih besar ke atas pendapatan orang bandar berbanding pendapatan orang luar bandar. 

Masalah kemiskinan ini bertambah serius dengan kenaikan harga barangan dalam negeri. Ia berlaklu akibat kenaikan kos import barang perantaraan. Kenaikan harga pengguna ini seterusnya menyebabkan kejatuhan pendapatan isirumah dan upah sebenar. Pengguna yang menjangkakan pendapatan yang rendah ini akan menangguh niat mereka untuk membeli rumah, kereta dan barangan lain yang tinggi harganya.
Kajian implikasi krisis ekonomi ke atas kemiskinan ini pada 1998 menegaskan bahawa kebanyakan peningkatan jumlah di bawah garis kemiskinan di Malaysia disebabkan oleh peningkatan pengangguran dan merupakan faktor utama masalah ini (Lee 1998: Jadual 2.5; lihat juga Ahmed 1999).

(ii) Kesan Ke Atas Gunatenaga

Kesan negatif krisis ke atas output menyebabkan masalah gunatenaga turut berubah. Lee (1998:37-8) telah menegaskan beberapa isu utama. Pertama, pada pertengahan 1990-an, penggunaan buruh adalah berbeza antara Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, lebih 70% gunatenga buruh adalah pekerja. Nilai perbandingan Malaysia dengan Indonesia adalah 29% (Lee 1998: Rajah 2.1).

Kedua, ia berkenaan penambahan pengangguran berikutan krisis itu. Pada pertengahan 1990-an, pengangguran terbuka di Malaysia adalah sangat rendah dan terdapat kekurangan buruh secara meluasnya dalam ekonomi. Berikutan krisis ekonomi, kerajaan telah mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan sebanyak 2%, menangguhkan pelaksanaan projek besar dan mengkaji semula pembelian barangan luar negara oleh agensi awam. Tindakan ini menyebabkan ramai orang menganggur dan ini termasuk projek besar Bakun di Sarawak yang dihentikan pelaksanaannya. Peluang pekerjaan semakin berkurangan. Banyak kilang-kilang kecil terpaksa ditutup kerana tidak berupaya meneruskan urusniaga. Malah, sejumlah besar pekerja-pekerja bank turut diberhentikan perkhidmatan mereka kerana bank tidak berupaya menampung kos upah yang dianggap sebagai beban semasa krisis melanda. Pengangguran meningkat dari 229.7 ribu orang (2.7%) pada 1997 kepada 564.2 ribu orang (6.4%) pada 1998.
Dalam aspek yang lain pula, banyak pekerjaan terutamanya buruh murah tidak mahir mula dilakukan oleh pekerja-pekerja asing dan kerajaan membutakan mata kepada sejumlah pekerja-pekerja tanpa izin (sekitar 800,000 orang) dari negara-negara jiran. Kebanyakan pekerjaan baru diwujudkan oleh sektor pembuatan, pembinaan, perniagaan runcit dan perkhidmatan lain di kawasan kawasan bandar atau separa bandar. Bagi Malaysia, pengangguran terbuka juga dilaporkan telah bertambah. Berdasarkan nilai rasmi, ia mencecah 5.2% pada 1998 (Lee 1998: Jadual 2.2).

(iii) Kesan Ke Atas Pendidikan Dan Kesihatan

Penekanan dan kebimbangan turut disalurkan ke atas kesihatan rakyat dan persekolahan berikutan krisis ekonomi ini. Kebanyakan keluarga yang menghadapi penurunan dalam pendapatan isirumah benar akan mengurangkan penyertaan anak-anak mereka dari bidang akademik. Pada masa yang sama, dengan pendapatan yang berkurangan, mereka turut mengurangkan penggunaan kemudahan kerajaan dan swasta dan ini menurunkan standard kesihatan rakyat.

Bagi kes Malaysia, pendidikan dan kesihatan juga menerima kesannya yang tersendiri. Pada awal 1990-an, perbelanjaan kerajaan ke atas pendidikan melebihi 4% dari KDNK (Booth 1999d: Jadual 6). Cabaran terbesar kerajaan ialah untuk mengekalkan ataupun meningkatkan tahap perbelanjaan ini untuk melaksanakan polisi seperti yang telah dicadangkan berikutan krisis ini. Akibat krisis ekonomi, kerajaan telah menarik balik banyak program tajaan pendidikan ke luar negeri dan menempatkan mereka di universiti-universiti tempatan. Antara program yang dimansuhkan ialah program TESL berkembar dengan United Kingdom dan New Zealand. Beberapa program profesional seperti perubatan, undang-undang di luar negeri turut dikurangkan untuk menjimatkan kos.
Bagi pelajar-pelajar kolej (golongan keluarga berpendapatan sederhana) twinning-program, mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran di luar negeri akibat kesempitan kewangan. Kadar pertukaran ringgit Malaysia dengan nilai mata wang luar negara meningkat dengan tinggi dan ini menyebabkan pelajaran mereka sampai separuh jalan kerana tidak mampu membayar yuran yang begitu tinggi. Biasiawa kerajaan dan swasta turut semakin kecil jumlahnya seperti PTPTN, JPA, yayasan negeri dan lain-lain

STATISTIK/FAKTA KES:
Krisis mata ekonomi telah menurunkan nilai mata wang Malaysia ke paras yang paling rendah dalam dua dekad yang lepas (Jadual 3). Nilai pertukaran RM/US telah menurun daripada 2.7 pada tahun 1988 kepada 3.89 dalam 1997 (penurunan sebanyak 30%). Penurunan kadar pertukaran membawa beberapa implikasi penting kepada ekonomi.

Kadar pertumbuhan KDNK Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, kadar pertumbuhan ekonomi negara telah menurun daripada angka antara 7-10% setahun kepada 4.8% setahun akibat masalah deflasi krisias kewangan tadi. Penguncupan ini berlaku kerana pengurangan permintaan dalam negeri. Permintaan dalam negeri menurun kerana (I) kekayaan sektor swasta terhakis dari kejatuhan nilai saham dan nilai aset, (ii) kadar faedah yang tinggi sebelum September 1998, (iii) kesukaran sektor swasta untuk mendapatkan kredit, (iv) keadaan mudah tunai yang ketat, (v) ketidakpastian jangkapendek dan sektor pekerjaan dan (vi) rakan dagangan Malaysia juga mengalami kelembapan ekonomi lantas menjejaskan permintaan luar negri Malaysia (Kementrian Kewangan, 1998).

Imbangan Pembayaran Pada tahun 1990, imbangan keseluruhan mencatat lebihan RM5365 juta. Namun di tengah kepesatan ekonomi pad awal 1990an, negara mencatatkan imbangan pembayaran yang negatif iaitu pada tahun 1994-5. Apabila ekonomi dilanda krisis, angka menjadi negatif kerana imbangan akaun semasa dan modal swasta bersih yang juga negatif. Menjelang 1998, imbangan pembayaran telah meningkat menjadi positif kerana akaun semasa yang telah pulih (positif) dan imbangan akaun daganagan dan perkhidmatan yang positif setelah berada di tahap negatif selama 8 tahun (1990-97).

Jadual 3: Pembolehubah Ekonomi Malaysia 1990-98

Tahun
Pertumbuhan
KDNK
Pertukaran
Wang Asing
(RM/US)
Imbangan Pembayaran
(RM juta)
KLSECI
1990
9.4
2.6980
5365
505.92
1991
8.0
2.7235
3427
556.22
1992
7.8
2.6065
16744
642.96
1993
8.0
2.7010
29239
1275.32
1994
9.2
2.5578
-8262
971.21
1995
9.5
2.5405
-4403
995.17
1996
9.5
2.5265
6245
1237.96
1997
7.8
3.8900
-10891
594.44
1998
4.8
3.8000
26763
t.m.

Sumber: Bank Negara Statistics, pelbagai tahun.
Kadar Perukaran RM Kadar pertukaran RM/US telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam jangka waktu krisis (Jadual 4). Kadar pertukaran RM/US mencapai tahap yang paling rendah pada Ogos 1997 apabila ia mencapai 4.79. Kadar pertukaran ini terus berubah sepanjang tahun 1998 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menetapkan kadar pertukaran tetap pada RM/US pada RM1=AS$0.2632 mulai September 1998.
Jadual 4: Kadar Pertukaran RM/US
(Januari 96-Disember 1998)

Bulan
1996
1997
1998
Januari
2.56
2.49
4.54
Februari
2.55
2.48
3.67
Mac
2.54
2.48
3.64
April
2.49
2.51
3.73
Mei
2.50
2.51`
3.87
Jun
2.49
2.52
4.17
Julai
2.49
2.64
4.14
Ogos
2.49
2.96
4.22
September
2.51
3.20
3.8
Oktober
2.53
3.44
3.8
November
2.53
3.50
3.8
Disember
2.53
3.89
3.8

Sumber: Kem. Kewangan (1998): Laporan Ekonomi 1998/99 http://www.bnm.gov.my/pub/msb/latest/v-06.pdf

KLSECI KLSECI mengukur prestasi 100 saham dalam pasaran. Ia mewakili prestasi pasaran saham dan sebagai petunjuk kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhan. Setelah ekonomi Malaysia mengatasi krisis 1987-88, KLSECI telah pulih mencapai tahap 1275 pada tahun 1992 dan tahap ini dipertahankan sehingga tahun 1996 ((Jadual 3). Semasa krisis indeks ini menjunam kepada 261 pada bulan September 1998. Nilai saham telah menurun 70% iaitu daripada RM463 juta kepada RM141 diakhir 1998.
Pengeluaran Pengeluaran sektor utama ekonomi turut terjejas disebabkan oleh permintaan yang berkurangan, penawaran yang berlebihan dan juga kekangan penawaran. Dalam Jadual 5, nyata sektor utama ekonomi seperti pertanian, pembuatan, perkilangan, dan pembinaan mengalami penurunan nilai pengeluaran. Sektor pembinaan menurun dengan ketara sekali, dengan penurunan sebanyak –19.2% pada tahun 1998. Perngeluaran industri berorientasikan pasaran dalam negeri – logam, gelas dan produk logam asas – mencatatkan penurunan. Begitu juga industri-industri lain.

Jadual 5: KDNK Malaysia Mengikut Sektor 1992-99
(RM juta)

Butir
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
Pertanian,perhutanan & perikanan
15531
(4.7)
16205
(4.3)
16047
(-1.0)
16231
(1.1)
16584
(2.2)
16804
(1.3)
15813
(-5.9)
16421
(3.9)
Perlombonagn & Kuari
8075
(1.6)
8039
(-0.4)
8241
(2.5)
8979
(9.0)
9381
(4.50
9475
(1.0)
9399
(-0.8)
9517
(1.30)
Perkilangan
26859
(10.5)
30324
(12.9)
34842
(14.9)
39790
(14.2)
44684
(12.2)
50270
(12.5)
67354
(-5.8)
47809
(1.0)
Pembinaan
3619
(1.7)
4023
(11.2)
4589
(14.1)
5385
(17.3)
6150
(14.2)
6732
(9.5)
5439
(-19.2)
5002
(-8.0)
Elektrik, gas dan air
1931
(13.8)
2176
(12.7)
2474
(13.7)
2797
(13.0)
3134
(12.1)
3543
(13.0)
3791
(7.0)
4064
(7.2)
Pengangkutan, penyimpanan
& perhubungan
6481
(6.6)
6921
(6.8)
7776
(12.4)
8852
(13.8)
9711
(9.7)
10530
(8.4)
10835
(2.9)
11160
(3.0)
Perdagangan borong & runcit 
hotel dan restauran
11190
(11.1)
12428
(11.1)
13427
(8.0)
14781
(10.1)
16163
(9.4)
17290
(7.0)
17047
(-1.4)
17126
(0.5)
Kewangan, insurans, hartanah & perkhidmatan perniagaan
9644
(10.4)
10650
(10.4)
11713
(10.0)
12939
(10.5)
14825
(14.6)
16240
(9.5)
16911
(4.1)
17615
(4.2)
Perkhidmatan kerajaan
9201
(4.9)
10073
(9.5)
11022
(9.4)
11454
(3.9)
11931
(4.2)
12654
(6.1)
12958
(2.4)
13276
(2.5)
Perkhidmatan lain
1983
(8.3)
2146
(8.2)
2298
(7.1)
2478
(7.8)
2687
(8.4)
2880
(7.2)
2923
(1.5)
2970
(1.6)
Tolak: Bayaran
Perkhidmatan Bank
5376
(11.9)
6411
(19.3)
7381
(15.1)
8503
(15.2)
10032
(18.0)
11498
(14.6)
12280
(6.8)
13378
(8.9)
Tambah: Cukai Import
3728
(7.8)
4043
(8.4)
4927
(21.9)
5090
(3.3)
5402
(6.1)
5765
(6.7)
3747
(-35.0)
3755
(0.2)
KDNK pada harga pasaran

92866
100617
109976
120272
130621
140684
133939
135338
Nota: Angka untuk 1998 dan 1999 adalah anggaran.
Sumber: Kem. Kewangan, Laporan Ekonomi 1998/99.
berorientasikan eksport seperti separa konduktor, wayar dan kabel, tekstil, kasut dan keluaran kayu turut menurun. Tetapi keluaran seperti telivisyen dan keluaran getah merekodkan permintaan eksport yang tinggi. Kegiatan pembinaan menjadi lembap keranan hakisan kekayaan penduduk disebabkan harga saham yang rendah, kesulitan mendapat kredit dan kadar faedah yang tinggi. Kesemua faktor ini menjejaskan keseimbangan penawaran dan permintaan hartanah

Kesan Krisis Ekonomi Terhadap Keselamatan Produk

Definisi Keselamatan Produk : Kadar laku sesuatu produk itu, apabila berlaku krisis eknomi dunia, maka harga produk semakin meningkat. Dalam masa yang sama, ada juga pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan. Ini menyebabkan kadar laku sesuatu produk itu semakin menurun kerana orang ramai akan membeli barangan yang lebih murah bergantung kepada kemampuan mereka.

Harga Barangan Menaik kerana krisis ekonomi yang berlaku menyebabkan pihak peniaga tidak mampu untuk menampung kos barangan dengan harga yang lama. Tidak kurang pula ada yang mengambil kesempatan menaikkan harga dengan ekstrem bagi meraih keuntungan yang banyak.

Kadar Laku Barangan Menurun kerana harga barangan yang mahal menyebabkan sesuatu produk itu kurang laku. Di samping itu, pihak yang berniaga akan menaikkan harga barang yang menyebabkan pengguna mencari barangan yang lebih murah. Bahkan, ada kilang barangan yang tidak laku terpaksa tutup kerana tidak mampu menghadapi situasi krisis ekonomi.  

Pengangguran Meningkat kerana kilang barangan yang ditutup sebelumnya memberikan faedah kepada penyediaan kerja. Apabila ditutup, maka pekerja-pekerja akan kehilangan kerja lantas menganggur. Oleh itu, kadar pengangguran meningkat. Selain itu, status kerja meningkat kerana semakin banyak pekerjaan yang memerlukan ijazah atau kelulusan yang lebih tinggi untuk memperoleh kerja.


Amanah Terlaksana :: Ahmad Mujahid :: 

Leave a Reply

Isu Terkini