SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by Coklatjilbab - - 6 Celahan

 



PENDIDIKAN BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN WAJAR DIMANSUHKAN

Rasional Wajar Dimansuhkan.

Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan wajar dimansuhkan kerana pendidikan yang menggunakan sistem tersebut tidak mampu mencapai objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh.
Sebaliknya, pendidikan yang menumpukan pada peperiksaan tidak lain hanyalah menjatuhkan nilai ilmu itu sendiri, kerana pada sistem ini, ilmu boleh disamakan sebagai hurud a,b,c,d atau e.  Dengan menggunakan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan juga bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya mampu memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam kertas peperiksaan.

Selain itu, pemansuhan pendidikan berorientasikan peperiksaan akan membolehkan pelajar belajar dalam suasana yang lebih relaks tanpa tekanan peperiksaan. Hal ini kerana, pelajar tidak perlu lagi bertungkus lumus untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang singkat. Beban para guru juga sedikit sebanyak dapat diringankan. Sekolah pula tidak perlu mengadakan kelas tambahan selepas waktu sekolah untuk pelajar. Pemansuhan ini akan membolehkan pelajar menumpukan perhatian yang lebih pada peperiksaan yang lebih penting dalam menentukan arah tuju hidup.

Rasional seterusnya adalah dengan termansuhnya pendidikan berorientasikan peperiksaan akan menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah dan sekaligus  pelajar dapat mempertajam  bakat-bakat  yang terpendam. Hal ini kerana, pelajar mempunyai lebih banyak masa lapang apabila tiada kelas tambahan. Faedahnya, pelajar dapat menggerakkan sekolah dalam pelbagai bidang seperti sukan ,pertandingan debat, kemahiran-kemahiran lain dan aktiviti perkhemahan pada peringkat yang lebih tinggi.

­­­­­------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya. Cara pembelajaran di Malaysia dikatakan lebih menjurus kepada usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.

FAKTA KES:
Pelajar-pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan bilangan A yang banyak sehingga pernah suatu ketika Malaysia digemparkan dengan berita kematian S. Subashini dari SRJK Tamil Ladang Sempah. Subashini membunuh diri kerana memperoleh 4B, 2C dan 1D dalam UPSR sedangkan sasaran beliau ialah 4A.

Jika ‘budaya banyak A’ menjadi fenomena pelajar-pelajar di Malaysia, tidak mustahil pelajar hanya cemerlang dari segi akademik dan tidak dinamik. Kerana inginkan publisiti, ada juga individu yang mendakwa mendapat 24A1 dalam SPM 2006 yang menggemparkan Malaysia kerana penipuan itu.

Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ujian khas harus diwujudkan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yang berminat memilih SBP bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

IPPIN berharap supaya Kementerian Pelajaran mengkaji dengan teliti cadangan untuk memansuhkan sistem penilaian Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ini, dan mungkin perlu meminta kerajaan membentuk satu jawatankuasa yang melibatkan pelbagai pihak bagi membincangkan secara teliti mengenai dasar itu sebelum dilaksanakan.

IPPIN hairan alasan yang diberikan kerajaan, kita akan menjimatkan wang, kami rasa itu adalah satu alasan yang tidak dapat diterima kerana kebaikan anak kita di sekolah patut diberi keutamaan. Bahkan kita semua tahu peruntukkan kerajaan untuk pendidikan ialah RM30 bilion. Peruntukkan tersebut sudah cukup digunakan untuk peperiksaan, bahkan boleh disalurkan untuk kemudahan pelajar, seperti pengangkutan, makanan percuma dan mungkin pendidikan percuma.

IPPIN bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, cuma kerajaan tidak perlu tergesa-gesa, sebaliknya masa perlu diberi untuk mendapatkan respon dari pelbagai pihak agar setiap pembaharuan yang hendak dilaksanakan dapat difahami dan diterima oleh semua.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TEKS DEBAT ALA PARLIMEN
USUL: PEPERIKSAAN AWAM ,UPSR DAN PMR WAJAR DIMANSUHKAN.

HUJAH PIHAK PENCADANG

Selamat pagi dan salam sejahtera, saya akan membuka arena perdebatan pada hari ini. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , barisan kerajaan yang disegani, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan siding parlimen yang saya muliakan sekalian. Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perdebatan pada pagi ini.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita dari dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan sekalian.

Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan,
Sebagai Perdana Menteri saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh menteri pertama, menteri ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak pembangkang. Jadi, dapatlah dirumuskan di sini, pemansuhan peperiksaan awam ini akan dapat membawa kepada kecemerlangan pendidikan di negara kita.

Tuan Yang Dipertua,
Usul pada hari ini berbunyi, “ Peperiksaan Awam UPSR dan PMR wajar dimansuhkan”. Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Menurut kamus Dewan “ Peperiksaan awam” bermaksud, peperiksaan yang wajib diduduki oleh setiap sekolah kerajaan di Malaysia. “UPSR” pula ialah Ujian Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Darjah Enam di Malaysia. “PMR” pula bermaksud Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Tingkatan Tiga di Malaysia. “ Wajar Dimansuhkan” pula bermaksud, wajar dihapuskan atau dilenyapkan. Begitulah definisi usul yang saya berikan secara literal sebentar tadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang bentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan diterima dengan konsensus tanpa sebarang pertikaian.

Tuan Yang Dipertua,
Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakana ialah kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata. Yang kedua indikator kami ialah tugas dan tanggungjawab seseorang guru dinilai daripada kecemerlangan pelajar yang diajar olehnya. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator ini secara justifikasi, saya sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan sebentar sahaja lagi akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,
Sejak zaman – berzaman kita menyaksikan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini masih berada di takuk yang lama kerana sepenuhnya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang, tidak dapat kita penuhi kerana sentiasa fokus kepada peperiksaan semata-mata. Lihat sahaja, peristiwa yang baru-baru ini di mana salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di negara kita ini yang menolak puluhan pelajar yang mendaftar di sekolah itu melalui sistem ambilan melalui borang. Para pelajar yang mendaftar itu semuanya mendapat 5A, dan ke atas, tetapi apabila diadakan ujian susulan melibatkan keseluruhan aspek sama ada kelancaran membaca, mengira dan sebagainya, ramai yang masih tidak lancar lagi membaca. 
Mengapa perkara ini berlaku? Kerana disebabkan oleh penekanan terhadap peperiksaan semata-mata. Adakah kita masih ingin melihat perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang?Sidang Dewan pastinya sudah mempunyai jawapan yang tersendiri bukan?

Di samping itu Yang Dipertua dan Sidang Dewan Sekalian,
pemansuhan peperiksaan awam ini juga membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan.Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian,
Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajardalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun permainan. Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran parapelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. 
Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnyabahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan kokurikulum.

Tuan Yang Dipertua,
Pemansuhan UPSR dan PMR ini juga akan memberi kebaikan kepada negara dengan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubalan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Hal ini akan meringankan beban negara untuk menampung semua kos perbelanjaan ini.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa kita sendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di negara kita untuk memansuhkan peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar dimansuhkan. Sekian mohon untuk terus mencadang.


HUJAH PIHAK PEMBANGKANG

Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan di deligasi kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Tuan Yang Dipertua Dewan, setelah dibentangkan definisi usul secara literal oleh pihak kerajaan yang saya kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat daripada Kamus Dewan, kami dari legasi pembangkang faham tentang usul yang dikemukakan. Namun , memang sudah menjadi adat di dalam arena perdebatan di mana sudah menjadi tanggungjawab kami dalam meneliti beberapa kesilapan dan kekurangan. Oleh itu kami akan mengutarakan hujah-hujah logik dan benar untuk menangkis hujah-hujah kurang jelas daripada pihak kerajaan sebentar tadi.

Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah-hujah yang membantah sekeras-kerasnya usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh rakan pembangkang kedua yang ternyata tidak kurang mantap hujahnya , pembangkang ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak kerajaan. Jadi, kami yakin sepenuhnya dengan hujah yang kami lontarkan nanti, pihak kerajaan terpaksa menerima hakikat bahawa peperiksaan awam ini tidak wajar dimansuhkan.

Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas tentang perlaksanaan pemansuhan peperiksaan awam ini. Hal ini kerana , pihak kerajaan sebentar tadi telah mengatakan peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar hanya belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sekiranya tanpa peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Dan yang keduanya Yang Dipertua, mereka menyatakan bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. Kalau benar pemansuhan peperiksaan awam ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak dimansuhkan pada tahun 1997 dulu, ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di mana kerelevenan hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan? Kami harap dapat dijawab pertanyaan ini oleh pihak kerajaan sebentar lagi.

Tuan Yang Dipertua,
Adalah tidak benar bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini dapat meningkatkan prestasi pelajar seperti yang diperkatakan oleh pihak kerajaan , bahkan bagi pihak kami, kami telah melihat bahawa pemansuhan UPSR dan PMR akan menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru disekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR.

Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSRdapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulisdan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah lagi. PMR pulajuga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh pelajarsebelum mereka memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajardalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart.

Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang merosot.

Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolahmenengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggiuntuk menduduki peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu sangat penting Yang Dipertua memandangkan mereka tidak lepas daripada perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan peperiksaan.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Yang Dimuliakan sekalian,
Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Budaya saling bersaing penting dalam kalanganpelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untukmemberi dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu, pemansuhan UPSR danPMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. 
Sebagaikesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satusama lain. Apakah pihak kerajaan sama sekali tidak pernah terfikir bahawa persaingan itulah yang membantu kita berusaha dengan lebih gigih? Saya kira pihak kerajaan sudah melupakan hal ini, maklumlah sibuk mencari sebab supaya peperiksaan awam ini dapat dimansuhkan dengan segera.

Oleh itu Yang Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
berdasarkan hujah yang telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam UPSR dan PMR amatlah tidak wajar dimansuhkan memandangkan ia lebih banyak memberikan implikasi negatif kepada sistem pendidikan di negara kita pada masa kini. Hujah saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang yang seterusnya, dan dengan ini saya mengundur diri. Mohon untuk terus membangkang.
(Walaupun teks ini lebih menjurus kepada pemansuhan UPSR dan PMR, tetapi teks ini dilihat agak berguna dlm aspek pendidikan yang berorientasikan peperiksaan-segala kekurangan harap dimaafkan)
Amanah Terlaksana : : Anis Suhailah : :

6 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    thanx 4 de text.... :)

  2. Tanpa Nama says:

    terima kasih .. mmg saya mencari txt ini .. :)

  3. thanks byk2.. dah cari kt merata-rata..finally,jumpe jugak (Y) :D

  4. Tanpa Nama says:

    bleh x bg taw statistiknye plajar yg tidak lancar membaca...????

  5. Tanpa Nama says:

    fakta dan bukti kurang..

  6. Tanpa Nama says:

    xd bukti yang kukuh

Leave a Reply

Isu Terkini