SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by casa minda crew - - 1 Celahan

USUL: Sisa Elektrik dan Elektronik:Penguatkuasaan undang-undang jawapannya.

Elektrik: Satu bentuk tenaga yang digunakan untuk menghasilkan cahaya,kepanasan dan lain-lain.

Elektronik: Penggunaan alat yang dibina (dijalankan)dengan kaedah(prinsip) teknologi elektron.


PUNCA SISA ELEKTRIK dan ELEKTRONIK:

Menurut International Telecommunication Union (ITU), jumlah pelanggan telefon bimbit di seluruh dunia pada tahun 2009 ialah sebanyak 4.6 billion dan angka ini dijangka melebihi 5 billion pada tahun 2010. Hampir 15 billion bateri telefon bimbit dijual setiap tahun. Di Eropah dianggarkan sebanyak 100 juta telefon bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna menukar telefon bimbit setiap 18 bulan. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM), 6.22 juta rumah tangga (households) memiliki television pada tahun 2009. Sebanyak 96% rumah tangga di Semenanjung Malaysia mempunyai television manakala peratusan di Sabah dan Sarawak ialah 88%. Di samping itu, 80% lagi rumah tangga memiliki radio. Pada tahun 2009, SKMM juga mendaftarkan 30.4 juta telefon bimbit iaitu, 24.1 juta telefon bimbit pra-bayar dan 6.3 juta pasca bayar.

Industri elektrik dan elektronik menerajui sektor industri Malaysia dengan menyumbang sebahagian besar kepada keluaran, eksport dan gunatenaga perkilangan negara. Pada 2006, keluaran kasar industri ini berjumlah RM214.9 bilion, manakala eksport produk elektrik dan elektronik adalah sebanyak RM282.2 bilion atau 61.7 peratus daripada jumlah eksport perkilangan. Industri berkenaan telah mewujudkan 397,553 peluang pekerjaan dan menyumbang 36.6 peratus kepada keseluruhan gunatenaga dalam sektor perkilangan.
Pada masa ini, industri elektronik Malaysia berjaya membina keupayaan dan kemahiran yang signifikan bagi mengeluarkan rangkaian meluas peranti semikonduktor, barangan elektronik pengguna lebih canggih dan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sikap pengguna kurang mengambil cakna tentang pembuangan sisa elektrik dan elektronik. Lazimnya sisa buangan ini tidak dikitar semula atau dihantar ke mana-mana tempat pelupusan e-waste yang berhampiran.Selain pengguna, pihak industri dan kerajaan harus mengalakkan satu standard untuk menyelaraskan penggunaan elektrik dan elektronik. Maksudnya, komponen- komponen, aksesori, dan bahan gantian bagi pelbagai barangan elektronik boleh diseragamkan supaya ianya boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.Sebagai contoh, satu alat kawalan jauh yang digunakan oleh pengguna di rumah untuk menonton televisyen boleh digunakan juga untuk memainkan alat- alat elektronik yang lain seperti pemain cakera, radio dan sebagainya.Ini akan mengurangkan seseorang pengguna itu untuk membeli pelbagai alat kawalan jauh untuk setiap alat elektronik yang digunakan.Satu pengecas boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit dan juga komputer riba. Ini akan membantu pengguna dari berbelanja lebih, mengurangkan kesusahan membawa alat-alat ini ke mana sahaja dan mengurangkan sisa elektronik.

Langkah Kerajaan:

Mengadakan program kitar semula. Mewujudkan kemudahan E-waste pada 5 ogos 2005 bagi menguruskan sisa barangan elektrik dan elektronik.

Mengkaji untuk menggubal peraturan(take back policy). Mengalakkan semua pengeluar atau pengimport untuk mengambil kembali barangan elektronik yang telah luput untuk dikitar semula atau dilupuskan secara selamat.
Mengadakan perjanjian antarabangsa. Perjanjian Basel telah ditandatangani pada tahun 1989 bagi mengatasi masalah eksport dan import buangan elektronik secara haram ke negara ini.
Memantau pengeluaran lesen.: Memastikan setiap syarikat yang menggunakan komponen elektrik dan elektronik mematuhi kod sw110,Peraturan Peraturan Kualiti Sekeliling(Buangan Terjadual) 2005 dalam menguruskan sisa pembuangannya.
Mengenakan tindakan undang-undang. Di bawah seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak yang melupuskan E-waste secara haram di negara ini

STATISTIK/FAKTA KES
Setiap tahun dianggarkan sebanyak 50 juta tan buangan elektronik dibuang sebagai bahan sisa pepejal di seluruh dunia. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu melaporkan 5 peratus daripada jumlah sisa perbandaran terdiri daripada buangan elektronik. Lambakan buangan elektronik ini sebenarnya boleh membawa implikasi yang besar terhadap manusia dan alam sekitar. Ia merupakan suatu cabaran kepada pengurusan sisa pepejal samaada diperingkat lokal mahupun global.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China adalah antara pengeluar bahan buangan elektronik yang tertinggi di dunia. Pada tahun 2007 sahaja di AS terdapat lebih kurang 700 juta komputer usang yang sedia untuk dilupuskan sebagai bahan sisa pepejal. Sementara itu negara China dilaporkan mengeluarkan 1 juta tan buangan elektronik setahun dan negara Kesatuan Eropah menjana lebih kurang 8.7 juta tan buangan elektronik setahun.

Dalam konteks Malaysia penggunaan peralatan elektronik turut bertambah seiring dengan pertambahan penduduknya. Statistik menunjukan sejak tahun 1999 hingga 2003 jumlah komputer yang digunakan telah meningkat sebanyak 2 kali ganda iaitu daripada 1.8 juta kepada 4.18 juta. Sementara itu penggunaan telefon bimbit meningkat sebanyak 4 kali ganda daripada 2.7 juta pada tahun 1999 kepada 11.12 juta pada tahun 2003.

Selain itu peralatan elektronik yang digunakan oleh penduduk Malaysia menunjukan angka yang agak tinggi. Iaitu pada tahun 2003 bagi TV ialah 4.5 juta, radio 9.4 juta dan peti sejuk sebanyak 3.5 juta. Kesemua barangan ini bakal menjadi bahan buangan apabila sampai ke penghujung hayatnya. Pada tahun 2004 adalah dianggarkan sebanyak 380,000 hingga 430,000 tan buangan elektronik dikeluarkan oleh negara ini. Persoalanya apakah kita telah bersedia untuk menguruskan lambakan pertambahan buangan elektronik ini pada masa hadapan?

Sememangnya pengurusan buangan sisa pepejal di Malaysia pada ketika ini amat mencabar dan seringkali menjadi isu nasional. Kebanyakan tapak pelupusan sampah di Malaysia kini mempunyai hayat tampungan yang semakin berkurangan. Ini disebabkan oleh jumlah penjanaan bahan sisa pepejal dan pertambahan penduduk yang semakin meningkat. Pada ketika ini dianggarkan 18,000 tan sisa pepejal dihasilkan setiap hari di seluruh Malaysia. Di Kedah misalnya, sehingga tahun 2006, terdapat lebih kurang 11 buah tapak pelupusan sisa pepejal dan 50% daripadanya mempunyai jangka hayat tidak lebih daripada 4 tahun.

Antara isu yang seringkali timbul mengenai pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal adalah aspek penempatan dan rekabentuknya yang tidak menepati spesifikasi kejuruteraan dan tidak menerapkan konsep mesra alam. Hal ini telah mengundang pelbagai kesan buruk terhadap persekitaran seperti bau busuk dan pelepasan air larut resap dari tapak pelupusan sehingga menjejaskan kualiti air sungai dikawasan yang berhampiran.

Dalam konteks buangan elektronik pula, ia memerlukan suatu sistem pengurusan yang agak kompleks dan berbeza dengan pengurusan sisa pepejal harian. Sejak tahun 1990 Kesatuan Eropah telah melarang pelupusan buangan elektronik bersama dengan sisa pepejal harian.
Terdapat dua sebab utama mengapa buangan elektronik perlu di urus secara sistematik. Sebab yang pertama adalah buangan elektronik mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Terdapat lebih kurang seribu jenis bahan kimia yang terdapat dalam buangan elektronik. Ini termasuklah beberapa jenis logam berat yang boleh membawa kesan toksik kepada manusia seperti plumbum, raksa dan kadmium. Buangan elektronik juga mengandungi Polychlorinated biphenyls (PCBs) yang boleh membawa kesan karsinogenik kepada manusia.

Kajian yang dibuat oleh Basel Action Network (BAN) daripada sejumlah 500 juta komputer di dapati mengandungi 2.8 bilion kg plastik, 716.1 juta kg plumbum dan 286,700 kg raksa. Secara puratanya setiap sebuah monitor komputer mempunyai 6 % plumbum yang kebanyakanya terdapat dalam kaca tiub sinar katod (CRT).
Amanah Terlaksana :: Khadijah Idris :: Anda Bila lagi ?

One Response so far.

  1. Tanpa Nama says:

    sebab yg kedua???

Leave a Reply

Isu Terkini