SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Posted by Mujahid Mazlan - - 0 Celahan





Bismillah,
terima kasih warga dewan sekalian,

Pengumuman !
Uji Bakat ahli baru kelab debat akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 22 Julai 2010 di ruang legar Bangunan SMI Al-Amin kemaman. Sila rujuk butir-butir di bawah ini: 

Tarikh Uji bakat 
22 Julai 2010

Masa
11.20 - 2.10

Tempat
Ruang Pameran Kelab Bahasa hari KoKu


Syarat-syarat kelayakan
1. Berminat
2. Boleh Bercakap dan tidak bisu
3. Sanggup berlatih pada masa yang tertentu
4. Berumur dalam lingkungan 13 hingga 16 tahun
5. Warga Al-Amin Kemaman

Soalan-soalan Kemusykilan
1) Saya seorang ahli kelab Usahawan. Bolehkah saya juga menyertai kelab ini dalam masa yang sama ? - Ahmad Fahmi Azim,15

Jawapan : Boleh, kerana masa berlatih mungkin tidak akan mengganggu masa persekolahan dan masa perjumpaan kelab-kelab yang lain. Untuk pengetahuan Fahmi, kelab debat ini adalah sebuah kelab yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja kerana untuk tahun ini, kelab ini masih tidak didaftarkan sebagai sebuah kelab sekolah. Hanyalah sebuah kelab yang bebas bergerak. InsyaAllah mungkin tahun hadapan barulah bergerak secara telus dan mampan.

2) Best x berdebat ? macam susah je nak cakap mcam debaters2 yang power cakap. - Amirul Adthri Azlimi, 16

Jawapan : Sebenarnya, debat adalah satu seni yang bukan semua orang boleh kecapi. Tetapi mungkin boleh apabila ia digilap. Keseronokan berdebat itu terpulang kepada sesiapa sahaja yang merasakannya. Sebagai contoh, mula-mula saya masuk debat memang rasa agak malas dan menyesal sebab kene cakap selalu. Tetapi, sekarang baru saya faham betapa debat itu merupakan satu alternatif yang mudah untuk kita menguasai isu-isu semasa dan bahasa Melayu terutamanya.Tujuan utama kelab debat ini diwujudkan adalah untuk melahirkan seorang pendebat yang baik dan berakhlak serta mampu berkhutbah atau berdakwah dengan cara yang paling berkesan.

Sebarang kemusykilan, boleh tinggalkan Komen kepada Admin.
Mohon mencadang.

Leave a Reply

Isu Terkini