SM Islam Al-Amin Kemaman

Selamat Datang ke Blog Rasmi Casa Minda Crew. Blog ini telah diubahsuai oleh Adminnya (Pengerusi). semoga dengan kunjungan anda ke blog ini memberikan kami inspirasi agar lebih maju pada masa yang akan datang.

Al-Qur'an, Sumber Rujukan

Kami menjadikan Al-qur'an dan as-sunnah sebagai pegangan utama kami yang utuh di mana di dalamnya terdapat pelbagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Casa Minda Crew™

Casa Minda Crew telah berjaya meraih tempat keenam daripada 20 buah sekolah-sekolah rangkaian musleh seluruh Malaysia. Semoga dengan kunjungan anda ke blog ini mampu menaikkan semangat kami. Amin.

Moto Casa Minda Crew™

Itulah Kelebihan Moto Casa Minda Crew yang telah diinspirasikan daripada Cik Norihan, Pengerusi kami. Pendebat tidak dilahirkan untuk Berdebat, tetapi pendebat dilatih untuk berdebat.

SM Islam Al-Amin Kemaman

inilah bangunan utama SM Islam Al-Amin Kemaman yang terletak dekat dengan sempadan Terengganu-pahang. Meskipun Kecil dan tidak setanding dengan bangunan sekolah-sekolah lain. Kami yakin dan Percaya bahawa harapan guru-guru kami untuk melahikan kami menjadi pemimpin dan menjadi ulama' di dunia ini amatlah besar demi mengembalikan kedaulatan agama islam.

Memaparkan catatan dengan label Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sosial. Papar semua catatan
Posted by ina :) - - 0 Celahan

Henti `ketagihan' ambil pekerja asing- Abdullah
KUALA LUMPUR 9 Nov — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta majikan di negara ini menghentikan `ketagihan’ mengambil pekerja asing kerana ia tidak akan menyumbang terhadap pembangunan modal insan sebaliknya memberi kesan negatif kepada negara.

Beliau berkata, pengambilan pekerja asing sama ada mengikut undang-undang mahupun secara haram, tidak akan dapat meningkatkan teknologi negara kerana pekerja yang diambil tidak mempunyai kemahiran tinggi dan mempunyai produktiviti yang rendah.

“Kita perlu pastikan ketagihan ini dapat dihentikan. Ini adalah satu masalah besar yang melanda untuk mencapai sasaran sebagai negara terbilang.

“Ini kerana mereka (majikan) membayar gaji buruh yang rendah dan (membabitkan) kos yang rendah. Tak dapat yang ada dokumen, mereka ambil yang tak ada dokumen. Kalau ini menjadi keinginan mereka (majikan) (setiap kali) bila ada kekosongan, akhirnya kesan tak akan jadi baik,” katanya, dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, perubahan sudahpun dilakukan kerajaan dengan menyediakan peluang kepada semua kanak-kanak sekolah dengan memastikan mereka beroleh peluang pendidikan bermula dari tahun satu hingga ke tingkatan lima secara percuma.

Katanya, ia bagi menjamin modal insan yang dihasilkan dilengkapkan dengan pekerja yang lebih baik dan berpengetahuan tinggi bagi membolehkan negara meningkatkan produktivitinya.

“Kalau dulu ada pelajar tak dapat meneruskan pelajaran selepas darjah enam kerana miskin dan ada yang hanya sampai SRP (kini Penilaian Menegah Rendah (PMR) sahaja dengan menyambung tiga tahun lagi pelajaran (selepas tahun enam).

“Tapi sekarang tidak ada lagi yang tidak boleh kerana laluan keluar (berhenti sekolah) sudah ditutup.

“Ini membolehkan mereka sekurang-kurangnya mempunyai pelajaran lebih tinggi pada masa (mereka) memohon pekerjaan selepas berhenti sekolah selain memastikan golongan miskin tidak diberhentikan,” katanya.

Beliau juga berharap, dengan adanya perubahan yang disediakan kerajaan pada sektor pekerjaan, industri yang mahu berkembang ataupun kilang baru ke Malaysia akan diminta, disyarat dan dipastikan menggunakan teknologi lebih tinggi supaya menjamin produktiviti dengan produk yang berkualiti.

Katanya, pekerja yang diperlukan akan dipersiapkan dan dilatih dengan lebih awal dengan kerjasama dan muafakat pihak industri.

“Maka dengan cara yang kita lakukan ini insya-Allah akan berubahlah dan akan hilanglah ketagihan untuk mendapat pekerja asing yang bergaji murah tetapi produktiviti kurang dan hasil kerja yang kurang bermutu,” katanya.

Beliau percaya perubahan ini akan dapat dilakukan dengan segera dan ia bukan satu yang sukar dengan perancangan secepat mungkin.

Katanya, isu pekerja asing dan penyediaan pengambilan pekerja tempatan ini memberikan impak kepada anak-anak di luar bandar yang juga mempunyai kebolehan yang sama dengan pelajar di bandar.

“Peluang belajar dan latihan kemahiran yang diberikan kepada mereka yang di luar bandar mesti dipastikan sama kualiti baik dan jangan berlaku tidak adil. Di pekan (bandar) elok di luar bandar tak elok. Kita tak mahu berlaku situasi seperti ini,” katanya.- Bernama





Prosedur ambil pekerja asing diketatkan
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Prosedur pengambilan pekerja asing akan diperketatkan dan jumlah anggota penguat kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) akan ditambah daripada 1,200 kepada 5,000 orang bagi membendung masalah kebanjiran golongan itu di negara ini.

Perkara itu diputuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggariskan tiga prosedur baru untuk memastikan kemasukan pekerja asing dikawal secara berkesan berkuat kuasa tahun depan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, prosedur pertama ialah majikan yang ingin mengambil pembantu rumah asing diwajibkan mengambil insurans bagi mengurangkan kos perubatan dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

‘‘Cara pengambilan pekerja asing yang ketat itu akan dilanjutkan kepada semua pekerja asing di semua sektor pada masa depan,” kata Setiausaha Agung UMNO itu ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Radzi memberitahu, prosedur kedua ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU) diberi mandat untuk melakukan kajian serta menggariskan satu panduan mengenai had siling pekerja asing yang dibenarkan untuk semua sektor pekerjaan di negara ini.

Menurutnya, prosedur ketiga ialah kerajaan memutuskan supaya Kementerian Sumber Manusia mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan selama dua minggu untuk diisi oleh tenaga kerja tempatan dahulu sebelum dibuka kepada pekerja asing.

Beliau berkata, langkah itu diputuskan oleh Najib ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing pada 9 Oktober lepas yang dihadiri oleh beberapa kementerian berkaitan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri juga bersetuju menambah bilangan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen bagi memperhebatkan lagi operasi menangkap pekerja asing tanpa izin (PATI).

“Selain itu, Kabinet pada dua minggu lepas bersetuju meletakkan depot-depot tahanan yang terletak di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,” jelasnya.

Berikutan keputusan tersebut, Radzi berkata, depot-depot tersebut akan diperkemaskan dan diperbanyakkan pada masa depan manakala agensi penguatkuasaan kementerian itu akan mempergiatkan lagi operasi membasmi PATI dengan dibantu oleh pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

“Operasi itu akan diperhebatkan untuk memburu dan menangkap pekerja asing yang tidak sah dan laporan operasi tersebut akan disiarkan untuk pengetahuan umum,” jelasnya.

Radzi berkata, operasi itu juga akan dijalankan untuk mengatasi masalah pekerja asing yang masuk secara sah tetapi tidak pulang ke negara asal walaupun telah tamat tempoh permit kerja.





maklumat lanjut :
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2470.0

[ Read More ]

Posted by ina :) - - 0 Celahan

Saranan pengambilan pekerja asing dihentikan

LANGKAWI 30 Dis — Pengambilan pekerja asing perlu dihentikan buat sementara waktu sehingga satu dasar lebih terperinci diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar.
Beliau berkata, pada masa ini terdapat 2.6 juta pekerja asing di negara ini.
“Bilangan ini sudah mencukupi, pengambilannya perlu dihentikan”, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan tiga tahun sekali Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) ke-18 yang dihadiri lebih 100 perwakilan dari seluruh negara di sini hari ini.
Beliau berkata, peluang pekerjaan yang wujud berikutan pembukaan koridor pembangunan ekonomi wilayah yang baru bukan untuk pekerja asing tetapi lebih utama kepada pekerja tempatan.
“Kita tidak mahu majikan atau agensi pekerjaan beranggapan ini adalah peluang untuk mereka mencari keuntungan bagi membawa pekerja asing ke negara ini,” katanya.
Mengenai gaji pekerja ladang, Abdul Rahman berkata, lebih 200,000 pekerja ladang di seluruh negara sudah mendapat gaji secara bulanan yang jauh lebih baik daripada yang diterima mereka sebelum ini.
Beliau berkata, pekerja ladang kini mendapat gaji minimum antara RM325 dan RM350 sebulan, tidak termasuk pemberian elaun.
“Ini adalah hasil rundingan kementerian dengan NUPW dan MAPA (Persatuan Pengeluar-Pengeluar Pertanian Tanah Melayu),” katanya.
Katanya, NUPW turut memberi skim perlindungan kepada pekerja ladang yang kini telah memberi manfaat kepada 334 ahli dengan perbelanjaan RM3.6 juta.- Bernama
[ Read More ]

Posted by ina :) - - 0 Celahan


Pekerja tempatan lebih mampu tingkat produktiviti

SUDAH sampai masanya, para majikan memberi keutamaan kepada pengambilan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat masing-masing.
Alasan pekerja tempatan memilih kerja tidak lagi boleh digunakan kerana tiada satupun kajian dijalankan untuk membuktikan kebenaran perkara tersebut. Ia sekadar alasan majikan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab menggaji pekerja tempatan.
Walaupun menyedari pekerja asing tidak mempunyai kemahiran, namun faktor upah yang rendah membuatkan majikan menutup mata kekurangan tersebut.
Dalam hal itu, faktor produktiviti langsung tidak diambil kira. Soalnya, sampai bila majikan mahu bergantung kepada tenaga kerja asing tidak mahir, sedangkan negara memerlukan pekerja mahir bagi memacu ke status negara maju.
Menyedari itulah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji pekerja asing dengan sewenang-wenangnya. Ingatan Najib itu memang kena masanya memandangkan majikan sekarang bersikap lebih mementingkan diri daripada keperluan negara.
Majikan hanya mahu membolot kemakmuran negara yang dinikmati hasil daripada kerja keras para pemimpin negara tanpa mahu berkongsi tanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada anak watan.
Menuduh pekerja tempatan memilih kerja adalah tidak adil. Setahu penulis, pekerja tempatan juga tertarik dengan iklan kerja kosong yang ditawarkan tetapi apabila menghadiri temuduga, mereka pulang dengan wajah hampa kerana gaji yang ditawarkan 'tidak masuk akal', misalnya RM350 sebulan sebagai pengawal keselamatan.
Jika pekerja asing, jumlah itu jauh lebih mencukupi kerana mereka tidak perlu menyewa rumah, sebaliknya tinggal berhimpit-himpit dalam bilik sewa. Tentulah keadaan itu tidak sesuai untuk pekerja tempatan terutama mereka yang telah berkeluarga? Kos hidup yang tinggi di Malaysia, berbanding di Indonesia, Bangladesh dan Nepal menyebabkan mereka tidak boleh menerima gaji serendah itu. Majikan sekadar mementingkan diri sendiri apabila enggan bertolak ansur dalam soal gaji dan majikan jenis ini adalah mereka yang tidak mengenang budi kerana kekayaan dan kemakmuran negara yang dinikmati tidak mahu dikongsi dengan penduduk tempatan.
Majikan jenis itu perlu 'diajar' iaitu mereka diwajibkan membayar sejumlah caj yang tinggi jika mahu menggaji pekerja asing.
Apabila caj itu dicampur dengan gaji pekerja asing, maka pastikan jumlahnya lebih tinggi berbanding dengan membayar gaji pekerja tempatan.
Selain itu, permit membawa masuk pekerja asing serta tambahan import pekerja asing perlu dihentikan segera agar majikan tidak mempunyai pilihan, kecuali mengambil pekerja tempatan.
Statistik setakat Februari 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen menunjukkan jumlah pekerja asing di seluruh negara adalah 1.6 juta.
Jumlah itu telah berkurangan sebanyak 600,000 berbanding tahun sebelumnya. Ini satu pencapaian yang baik dan kekurangan itu boleh diisi oleh pekerja tempatan.
Menerusi skim latihan kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan, penulis yakin pekerja tempatan lebih mampu membawa keuntungan kepada majikan yang menceburi sektor industri atau pembuatan. Dengan kemahiran yang dimiliki, mereka mampu meningkatkan produktiviti sekali gus melonjakkan julat keuntungan.
Sudah sampai masanya juga, majikan menggunakan kaedah moden yang dikendalikan oleh pekerja mahir dalam sektor pertanian, penternakan dan pembinaan.
Mungkin kos permulaan agak tinggi, tetapi kos jangka panjang adalah lebih menguntungkan.
Inovasi dan kreativiti juga boleh dicipta oleh pekerja tempatan yang mahir. Lebih banyak reka cipta yang menjimatkan kos pengeluaran dapat dihasilkan dan akhirnya, majikan juga meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Status negara berpendapatan tinggi seperti yang dirangka dalam Model Ekonomi Baru (MEB) tidak dapat dicapai jika majikan terus menggaji pekerja asing yang tidak mahir dengan upah yang rendah.
Ini kerana antara syarat yang perlu ada untuk menikmati MEB adalah pekerja berkemahiran tinggi dengan upah yang munasabah. Syarat itu jika dapat dipenuhi, maka ia mampu menarik lebih banyak pelaburan asing langsung (FDI). Jika tidak, tahap ekonomi Malaysia akan terus begini selamanya.
[ Read More ]

Posted by casa minda crew - - 0 Celahan



Usul: Sikap Tidak Lestari Punca Kekurangan Air Bersih


Lestari- tidak berubah, kekal, tetap
Melestarikan- menetapkan, mengekalkan
Definisi secara konseptual:
>sikap tidak lestari - tidak mengekalkan keadaan seperti sebelumnya dengan cara mencemarkannya
>punca – kesan daripada sikap tidak lestari yang menjadi punca kurangnya air bersih
>air bersih - air jernih yang tidak berwarna, tidak berbau dan                                                                  tidak mempunyai rasa.


Punca utama kekurangan air bersih:

-Pembuangan sampah
Selain itu, berpunca daripada pembuangan sampah oleh manusia ke dalam sumber air. Pembuangan kumbahan secara tidak bermoral ke dalam sungai dan tasik yang tidak terkawal.

-Sisa kilang
Masalah untuk mendapatkan air bersih banyak berpunca daripada pencemaran air.Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak sesuai digunakan dan memberi kesan apabila digunakan.Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. Mereka sepatutnya memikirkan jalan alternatif (merawat sisa kilang terlebih dahulu) untuk membuang sisa-sisa tersebut bagi mengekalkan keadaan air bersih.

-Penebangan pokok secara berleluasa
Kemusnahan terhadap alam sekitar yang serius seperti penebangan pokok-pokok di hutan bagi tujuan komersial seperti membuka penempatan baru untuk kediaman manusia atau bagi mendirikan kilang-kilang seterusnya mencemarkan punca air bersih berdekatan. Selain itu, perkara ini juga mengurangkan kawasan tadahan hujan yang kemudiannya menyebabkan air bersih berkurangan. Sepatutnya kegiatan penebangan hutan ini perlu dikawal supaya kitaran semulajadi tidak terjejas.

-Hujan asid
Hujan asid yang mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan air yang bersih mula tercemar.Macam mana boleh wujudnya hujan asid? Punca daripada kegiatan manusia:
  1. Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.
  2. Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.
  3. Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta.
  4. Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid

Kesimpulan:

*Air bersih berkurang kerana:

-Pembuangan sampah :Punca: Sikap tidak prihatin manusia dalam mengekalkan kebersihan sungai.

-Sisa kilang : Punca: Pembungan ke dalam sungai

-Penebangan pokok secara berleluasa: Punca: Untuk tujuan perindustrian.Kesan:Hilang 
 kawasan tadahan hujan.


-Hujan asid: Kesan: Air yang ada bukan lagi air yang bersih tetapi air yang kurang nilai pH nya.
[ Read More ]

Posted by ina :) - - 2 Celahan


Menara Warisan Merdeka: Perlu atau Tidak? 

image
ISI PEMBANGKANG *TIDAK PERLU
Paling membuatkan saya tak bersetuju ialah pembinaan menara Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat berdekatan dengan Dataran Merdeka.  Projek yang menelan belanja RM 5 bilion dan dibiayai oleh PNB ini akan mengalahkan ketinggian menara berkembar Petronas bila siap sepenuhnya pada 2015 nanti.
Tak boleh ke buat menara ni?
Pada saya ia adalah projek yang membazir kerana kos pembinaannya pasti akan melonjak nanti dan angka 5 bilion ini bukan angka yang tetap.  Melihat kepada beberapa projek kerajaan sebelum ini seperti pembinaan hospital di Shah Alam, institut kanser di Putrajaya dan Istana Negara baru yang menunjukkan peningkatan kos hampir dua kali ganda daripada kos asal, tak mustahil peningkatan kos pembinaan juga bakal berlaku terhadap Warisan Merdeka.  Rundingan tender secara terus yang sering dilaksanakan kerajaan  lagilah memburukkan keadaan. Buatlah tender terbuka.  Baru ada persaingan sikit.  Kurang rasuah dan kurang penyelewengan.
KL juga sedang berhadapan dengan nilai hartanah yang semakin berkurangan kerana terdapat lebihan lot pejabat di sana.  Penawaran yang melebihi permintaan akan menyebabkan nilainya merosot.  Nanti free-free je jadi projek gajah putih.  Bangunannya siap tapi orangnya takde.  Kita juga melopong nanti sebab dana yang PNB gunakan datangnya daripada pemegang ASB jugak.  Harus diingat bahawa peranan PNB adalah sebagai pengurus dana untuk menambah ekuiti bumiputera dan bukan sebagai pengurus hartanah.
Pelik sungguh dengan kenyataan PM.  Beliau berkata projek tersebut bukan atas arahannya.  Kalau bukan arahan beliau, tak perlu la masukkan dalam bajet 2011.  Beliau juga boleh memilih untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan projek ini jika ianya tak mendatangkan faedah kepada negara secara keseluruhannya.  Bukankah PM orang yang paling berkuasa di Malaysia?
Menara tertinggi tak melambangkan ekonomi berpendapatan tinggi…
imageduit bukan segalanya…
Visi PM untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi tu bagus.  Tapi pembinaan menara tak memberikan impak yang besar terhadap kejayaan visi ini.  Bape kerat je pun yang boleh kerja kat situ.  Lebih baik 5 bilion tu guna untuk pembangunan modal insan lagi bagus.  Kita bukannya kekurangan prasarana, tapi kita kurang modal insan untuk menggunakan prasarana yang ada.  Contohnya pelaburan yang terpaksa ditolak kerajaan negeri Pulau Pinang atas alasan tidak mempunyai tenaga kerja mahir yang dimahukan oleh pelabur.  Tambah pulak semakin ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara untuk bekerja.  Tak patriotik bukan alasannya.  Kalau negara kita dah best kenapa  nak kerja kat oversea pulak kan? Mereka pasti ada alasan sendiri dan kerajaan harus mendengarnya.  Terus menuduh mereka tidak patriotik bukan satu langkah yang bijak.
Malaysia turut mengalami penurunan pelaburan daripada luar negara sebanyak 80% pada tahun lepas.  Jangan risau bende ni tak masuk TV.  Boleh tengok kat sini. Kejatuhan pelaburan bukan sebab ekonomi jatuh semata.  Tapi kerana kelemahan polisi dan terlalu banyak ketirisan.  Ketika ini ekonomi kita dari kalangan negara  ASEAN hanya lebih baik daripada Laos, Kemboja dan Myanmar.  Lain-lain semua kita dah kena tinggal. Jadi pelabur pun lari.  Jika fakta yang diberikan adalah penipuan semata, ahli parlimen tadi  harus didakwa kerana mengelirukan dewan rakyat.  Setakat ni takde tindakan yang diambil oleh speaker maknanya betul lah semua fakta yang disebutkan tadi.
Verdict is…
Negara lain yang lebih maju pun tak buat menara.  Jadi kenapa kita sibuk nak buat?  Pembinaan mercu tanda bukan satu kesalahan.  Tapi banyak lagi benda yang lebih utama untuk dilaksanakan.  Kita dah gah dengan KLCC dan kita tak perlu lagi ada KLCC yang kedua.  Kawasan sekitar KLCC pun dah jem dan kawasan sekitar Warisan Merdeka juga mungkin akan melalui senario yang sama.
RM 5 bilion bukan jumlah yang sikit.  Dengan adanya 5 bilion, masalah sekolah daif, rumah kampung yang nak roboh, kawasan pedalaman yang takde air dan elektrik boleh diselesaikan.  Bagi bonus sebulan gaji kat kakitangan awam yang menelan belanja sekitar RM 3 bilion pun takpe.
Maaf jika tulisan ini banyak sanggahan daripada sokongan.  Tapi sebagai seorang rakyat Malaysia, itulah yang saya rasakan.  Tak dinafikan ada juga kebaikan di sebaliknya.  Tapi jika lebih banyak yang negatif daripada yang positif, elok saja cadangan ini dibekukan serta merta.  Bukan semua rakyat mampu untuk ke sana atau pun mampu membeli-belah di Shopping Center yang bakal dibina di bawahnya. Jalan-jalan kat KLCC pun setakat amik angin je.  Tak mampu nak berbelanja di butik-butik mewah yang ada.  Takut nak masuk adelah.hehe..
Rakyat biasa tak mengaharapkan bangunan yang tinggi-tinggi.  Cuma harapan mereka agar dapat hidup aman, damai tanpa kesempitan hidup dan kebajikan yang terjaga.  Tu je.  Apa guna bangunan tinggi-tinggi jika masih ada rakyat yang menanggung derita mengharungi hidup yang semakin menggila kos sara hidupnya.  Tiap tahun harga barang naik tak tentu pasal tapi gaji banyak tu juga daripada 10 tahun yang lepas.  Kepada kerajaan, sila utamakan yang lebih utama kerana yang utama itu lebih utama daripada yang utama…
Anda macam mana?  Setuju ke dengan pembinaan Warisan Merdeka ni?

ISI KERAJAAN *PERLU

Entry Pasca Budget 2011: Pembinaan Menara Warisan, Anda Sokong atau Bangkang?

1. Budget 2011 dah berlalu hampir 2 minggu yang lalu. Budget tahun 2011 nie bermotifkan pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi. Budget untuk membangunkan negara seterusnya menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020.
2. Dalam intipati budget 2011 tu, salah satu perkaranya adalah membinaMenara Warisan setinggi 100 tingkat. Menara ini bakal menjadi mencu tanda terbaru Malaysia dan juga bakal menara tertinggi di Malaysia.

3. Menara ini bakal dibangunkan oleh PNB ataupun Permodalan Nasional Berhad. Syarikat yang diketahui ramai menyimpan duit dari pelaburan Amanah Saham. Semua amanah saham yang ASB/ASN/ASW dan banyak lagila adalah di bawah pengurusan PNB.
4. Idea Menara Warisan nie adalah idea yang positif dan berwawasan, namun begitu, ramai jugakla yang membangkang pembinaan Menara Warisan ini. Siap ada Facebook Fan Page tu. Mereka mensasarkan seramai 1 juta rakyat Malaysia akan membangkang pembinaan Menara Warisan ini.

5. Alasan mereka yang membangkang adalah kerana mereka menganggap ini adalah pembaziran duit rakyat dan sepatutnya disalurkan kepada pembasmian kemiskinan, penaiktarafan jalan raya dan juga bidang kesihatan. Hmmm point yang betul tapi masuh kurang kukuh untuk membangkang penuh pembinaan Menara Warisan ini.
6. Aku secara peribadi menyokong cadangan Pembinaan Menara Warisanini. Aku siap join facebook fan page untuk mereka yang menyokong pembinaan Menara Warisan ini.
7. Aku menyokong cadangan pembinaan ini atas dasr peribadi dan pemikiran sendiri, tak terpengaruh dengan mana-mana ideologi. Aku sokong sebab, Menara Warisan ini bakal dibangunkan oleh PNB, iaitu penyimpan duit yang mana penyimpannya nak keuntungan hasil simpanan mereka. Korang nak ke simpan duit kat ASB/ASN or ASW tu tak dapat pulangan? Setahu aku, setakat ini, pulangan pelaburan PNB nie adalah yang paling konsisten pulangannya setakat ini. Ini adalah hasil pelaburan mereka, pelaburan ke atas syarikat-syarikat yang berpotensi.
8. Pembinaan menara ini adalah merupakan salah satu pelaburan yang dilakukan oleh PNB. Pelaburan demi menjaga kepentingan pelabur untuk jangka masa yang panjang. Takkanla PNB nak melabur untuk buat hospital kerajaan, buat jalan raya kat kampung-kampung? Korang nak ke bagi duit pelaburan korang untuk jalankan projek kerajaan semacam ini? Ada pulangan ke kalau buat projek macam ini? Fikir sendirila yer.

9. Sebab kedua aku sokong adalah Menara Warisan ini akan meningkatkan ekonomi Malaysia melalui banyak sektor. Salah satunya adalah pelancongan. Pelancong nie datang kebanyakkannya adalah untuk membuang duit. So, kalaulah mereka melawat Malaysia, banyaklah pendapatan yang mampu negara perolehi secara tidak langsung.
10. Selain pelancongan, dengan adanya Menara Warisan ini, dapatkah anda bayangkan jumlah pekerjaan yang akan dan dapat ditawarkan kepada rakyat Malaysia? Berbanding kalau buat jalan raya @ kemudahan kesihatan. Kalau buat jalan raya, makin ramailah nanti yang berkerja sebagai pengukur jalan nampaknya. Lagipun, menjelang 2015, berapa juta agaknya bakal graduan kan lahir? Siapa nak bagi kerja kat mereka nie? Takkan nak suruh mereka kerja ukur jalan? Betul tak? Menara 100 tingkat tu memang bakal menyelesaikan masalah ini.

11. Sebab lain, berapa banyak peluang perniagaan yang akan dicipta hasil dari pembinaan Menara Warisan ini? Beribu-ribu peluang perniagaan bakal dicipta walaupun semasa pembinaan berlaku. Selepas itu, setelah siap pula, beribu-ribu lagi peluang perniagaan tercipta. Shopping complex, building maintenance, pejabat dan macam2 lagila. Banyak tau. Korang fikirkanla yer.
12. Selain ekonomi dan pelancongan nie, aku beranggapan, dengan pembinaan Menara Warisan ini, secara tak langsung akan membangunkan kawasan persekitarannya. Sebelum ini apa yang korang boleh bayangkan kat kawasan Stadium Merdeka tu? Mesti biasa-biasa jerkan? dan cuba bayangkan kalau selepas pembinaan Menara Warisan ini? Cuba bayangkan kalau jadi macam kawasan sekitar KLCC? Itulah dinamakan kesannya ke atas kawasan sekitar, membangun dan seterusnya memajukan secara tidak langsung.

13. Kos yang ditanggung PNB hanya RM5billion sahaja. Namun kesannya akan memberi negara pembangunan mungkin bernilai puluhan billion ringgit. Ini telah terbukti dengan pembangunan di sekitar KLCC. Hotel, bangunan Exxon Mobil, Public Bank dan banyak lagila. Adakah kerajaan mengeluarkan duit untuk semua ini? Tentulah tidak. Jadi, fikirlah bersama demi kesejahteraan, pembangunan dan kemajuaan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia
lain-lain:
lihat di sini..
[ Read More ]

Posted by Budak Al-Amin - - 2 Celahan






USUL : Pengurusan 3R Di Malaysia

3R: Reuse , Reduce , Recycle

Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.
  




Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.


Pengurangan:
  • Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.

    Penggunaan semula:
  • Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.

    Kitar semula:
  • Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.

    Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula”. 


Apakah yang kita boleh lakukan untuk 3R

PENGURANGAN

Fikir Dulu Sebelum Buang

Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.
Cadangan:
  • Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
  • Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
  • Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
  • Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
  • Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
  • Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
  • Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik.

PENGGUNAAN SEMULA

Antara barang yang boleh digunakan semula :
  • Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.
  • Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.
  • Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
  • Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
  • Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk menggunakan semula
  • Gunakan cawan kopi yang tahan lama.
  • Gunakan kain lampin atau tuala.
  • Isian semula botol.
  • Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
  • Guna semula kotak.
  • Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
  • Membeli pen dan pensil isian semula. 





KITAR SEMULA
Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.

Kitar semula mengikut jenis barang

Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya. Beli produk yang boleh dikitar semula Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca. Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut. Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.
Tong kitar semula dan pusat pengumpulan Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

Data Kutipan Kitar Semula
    
Bil
Negeri
Jumlah
1
PERLIS
0
2
KEDAH
0
3
PULAU PINANG
32
4
PERAK
6
5
SELANGOR
59
6
NEGERI SEMBILAN
5
7
MELAKA
3
8
JOHOR
12
9
PAHANG
1
10
TERENGGANU
2
11
KELANTAN
5
12
SABAH
3
13
SARAWAK
10
14
WILAYAH PERSEKUTUAN
27
Jumlah Keseluruhan
165




Bilangan Tong Kitar Semula , Bilangan Pusat Pengumpulan Di Seluruh Malaysia









 Bil
Negeri
Bilangan Tong
Pusat Pengumpulan
1
PERLIS
30
5
2
KEDAH
144
59
3
PULAU PINANG
71
20
4
PERAK
532
92
5
SELANGOR
343
55
6
NEGERI SEMBILAN
35
53
7
MELAKA
27
30
8
JOHOR
519
97
9
PAHANG
260
83
10
TERENGGANU
0
0
11
KELANTAN
0
0
12
SABAH
166
47
13
SARAWAK
243
56
14
WILAYAH PERSEKUTUAN
100
2
Jumlah Keseluruhan
2,470
599



                                                  



    


Segala kekurangan atau kesalahan tolong ditegur
Syukran

Amanah Terlaksana :: Abang Ahmad ::



[ Read More ]

Isu Terkini